Lukaku Pakai Nombor 90 Bersama Inter dan Ini Teori Peminat

Romelu Lukaku yang nyata tidak berpendirian kukuh telah kembali ke Inter Milan selaku pemain pinjaman hanya selepas semusim dan kini memakai jersi bernombor 90 lalu menimbulkan satu teori dikalangan peminant.

Pemain penyerang berusia 29 tahun itu hanya menjaringkan 15 gol dalam 44 perlawanan untuk Chelsea musim lalu selepas memecahkan rekod perpindahan kelab yang bernilai £97.5 juta.

Romelu Lukaku telah dibeli oleh Chelsea dari Inter Milan dan kembali ke Inter Milan semula selepas membuat kenyataan bodoh di media.

Penyerang Belgium bakal kembali menyertai bekas rakan sepasukannya selepas Inter Milan membayar yuran pinjaman sebanyak £6.9 juta berserta bonus £3.5 juta jika mereka kembali menjulang Scudetto.

Satu pelaburan yang bijak lagi berbaloi dari Inter Milan. Ada lagi dalam £90 juta wang penjualan Lukaku kalau juara pun untung lagi.

Sejurus selepas pengumuman rasmi perjanjian telah dimeterai, Inter Milan telah mengumumkan pula jersi yang bakal dipakai Romelu Lukaku musim hadapan iaitu nombor 90.

“Romelu Lukaku kembali menjadi hitam dan biru. Selepas tiba di Milan dan ke ibu pejabat bertemu tuan presiden, Steven Zhang, penyerang Belgium itu akan bercakap kepada Inter TV sebelelum nombor jersey barunya didedahkan untuk musim hadapan, nopmbor 90.” Ujar kenyataan dari Inter Milan.

Selepas pengumuman nombor 90 milik Lukaku itu, peminat mula membentangkan teori mereka kenapa Inter Milan memberikan Lukaku nombor 90?

Menurut mereka Inter Milan menyerahkan nombor 90 itu sebagai satu simbolik kepada keuntungan yang diraih kelab itu dari Lukaku iaitu £90 juta.

Adakah ini merupakan satu sindiri secara halus dari Inter Milan kepada Chelsea?

“Inter berikan Lukaku nombor itu untuk jumlah wang yang Chelsea bazirkan untuk Lukaku yang bertaraf sampah.”

“Romelu Lukaku memilih nombor 90 kerana itulah keuntungan Inter Milan raih dari dia selama setahun.”

“Ada orang cakap Inter Milan bagi Lukaku nombor 90 mewakili keuntungan kelab lakukan dan aku ketawa terbahak-bahak lepas tahu.”

“Lukaku pakai nombor 90 sebagai satu memori berapa kerugian Chelsea alami (Beli 100 juta dan pinjam keluar 10 juta).

Sebelum ini Romelu Lukaku memakai jersi bernombor 9 di San Siro namun nombor itu kini telah dipunyai oleh Edin Dzeko yang masuk menggantikan Lukaku.

Edin Dzeko musim lalu telah menjaringkan 17 gol untuk Inter Milan dan nombor 9 kekal menjadi miliknya jika dia masih kekal di Milan.

Pada januari lalu Romelu Lukaku telah membuat satu tindakan bodoh amat dengan mencetuskan kontroversi yang bukan-bukan ketika temuramah bersama Sky Italia.

Lukaku dihentam bertubi-tubi oleh para peminat dan pengkritik selepas beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pengurus dan kelab secara terbuka dalam temu bual tersebut.

Dia bukan hanya mengkritik taktikal Tuchel, dengan Lukaku juga sebenarnya turut mendedahkan yang beliau mahu kembali ke San Siro.

Akibatnya Thomas Tuchel telah naik angin lalu sering diketepikan dari kesebelasan utama pasukan dan pada ketika itu Chelsea dilaporkan didenda €500,000.

Dalam temubual itu Lukaku telah mendedahkan tiga kelab yang mahu disetarinya iaitu Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich dan Chelsea tiada dalam senarai itu.

Kerana tiada minat dari Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich dan Inter Milan tidak mampu memberi kontrak baru kerana masalah kewangan, Lukaku memilih Chelsea kerana kelab itu berminat mendapatkannya.

Sudah pasti kenyataan sebegini yang langsung tidak profesional mengundang amarah lalu Lukaku membuat permohonan maaf namun tidak diterima dengan baik.

Inter Milan kini kembali menjadi destinasi Lukaku.

BACA:  5 Penyerang Paling Mahal Dalam Sejarah Premier League