Lyon Menewaskan Juventus, De Ligt Berdarah

Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.

Lyon akan turun berdepan Juventus di halaman mereka sendiri Parc Olympique Lyonnais untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.

Juventus adalah pasukan kegemaran untuk memenangi perlawanan ini dengan barisan pemain berpengalaman dan mantap. Cristiano Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk peringkat kalah mati di Liga Juara-Juara Eropah.

Perlawanan bermula dengan Lyon nampak lebih agresive dalam melancarkan serangan ke atas Juventus. Namun bahagian tengah Kedua-dua pasukan tidak begitu menjadi sehingga minit ke 25 perlawanan.

Selepas serangan demi serangan dilakukan oleh Kedua-dua pasukan masih tiada serangan berbahaya dan jaringan yang berhasil dilakukan. Pada minit ke 28 melalui satu sepakan percuma berlaku pergelutan didalam kotak penalti Juventus dan menyebabkan kecederaan kepada De Ligt.

De Ligt terpaksa dikeluarkan kerana kepalanya mengalami pendarahan. Dan sejurus selepas itu hasil larian pantas dari Houssem Aouar,beliau berjaya menghantar bola ke depan pintu gol Juventus dan disudahkan oleh Lucas Tousart untuk Lyon mendahului Juventus.

Tamat separuh masa pertama Lyon yang berjuang habis-habisan berjaya mendahului Juventus dengan jaringan 1-0.

Babak kedua bermula dengan seimbang, Kedua-dua pasukan lebih bijak dalam merangka serangan. Bahagian tengah juga seimbang untuk Kedua-dua pasukan.

Selepas De Ligt kini giliran Dybala pula yang mengalami pendarahan di lengan beliau. Adakah ini yang dinamakan perlawanan berdarah?

Aksi serang menyerang antara kedua pasukan ini berterusan namun masih belum Menghasilkan sebarang jaringan. Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan pada babak kedua perlawanan ini.

Pada minit akhir perlawanan Dybala telah dijatuhkan didalam kotak penalti, namun pengadil perlawanan Jesus Gil Manzano tidak menghadiahkan sepakan penalti untuk Juventus.

Lima minit terakhir perlawanan menjadi agak panas dengan emosi dari pemain Juventus hingga Ronaldo sendiri gagal mengawal emosi beliau. Untung saja tiada pergaduhan atau layangan kad ketika itu.

Perlawanan tamat dengan Lyon memenangi perlawanan ini dan membawa bekalan satu gol ke tempat lawan.

Pemain utama Olympique Lyonnais

Anthony Lopes, Fernando Marcal, Marcelo, Jason Denayer, Dubois, Bruno Guimaraes, Tousart, Houssem Aouar, Maxwel Cornet, Moussa Dembele, Karl Toko Ekambi.

Pemain simpanan

Ciprian Tatarusanu, Joachim Andersen, Kenny Tete, Thiago Mendes, Maxence Caqueret, Martin Terrier, Bertrand Traore.

Senarai pemain Utama Juventus

Wojciech Szczesny, Danilo, Leonardo Bonucci, Matthijs De Ligt, Alex Sandro, Rodrigo Bentancur Colman, Miralem Pjanic, Adrien Rabiot, Juan Cuadrado, Paulo Dybala, Cristiano Ronaldo.

Pemain simpanan

Gianluigi Buffon, Mattia De Sciglio, Daniele Rugani, Aaron Ramsey, Blaise Matuidi, Gonzalo Higuain, Federico Bernardeschi.

BACA:Β  Genap 9 Tahun Zidane Menanduk Materazzi, Siapakah Zidane?