M. Nasir Sertai Pasukan Mobile Legend RSG

Kejutan terbesar terjadi dalam dunia E-Sukan apabila legenda muzik tanah air, Sifu Dato’ M. Nasir telah diumumkan sebagai pemain terbaru Mobile Legends Bang Bang (MLBB) bagi pasukan RSG.

Ketika ramai yang berpendapat legenda muzik tanah air akan menjadi seorang gamers adalah satu gimik semata-mata untuk tujuan promosi dan pemasaran, RSG melalui media rasmi mengesahkan perkara ini.

Bukan satu gimik apabila M. Nasir diumumkan sebagai salah seorang pemain membawa peranan Flex untuk menghadapi saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) musim yang ke-10.

“MENTERA SEMERAH PADI! 🎶
.
Seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai player MLBB RSG dengan IGN Sifu!
.
Selamat datang kepada salah seorang player flex role kami Dato’ M.Nasir 💪🏻
.
Haaa min tahu ramai yang tak jangka pengumuman ni kann heheh🤭 Cuba komen bawah apa hero korang rasa sesuai untuk Sifu!”

Dato’ M. Nasir akan menggunakan nama In Game Name atau IGN “Sifu!” di dalam permainan tersebut.

Dipetik dari The Star, pengarah RSG Malaysia Johnny Tan berkata ia bukan gurauan / prank atau gimilk. Sebaliknya Sifu akan benar benar menyertai mereka.

Ini selepas ada peminat E-Sukan menyatakan penyertaan Datuk M Nasir mungkin atas pada nama dan publisiti gempak. Hal ini ditambah dengan kesibukan Datuk M Nasir dalam bidang seni hiburan.

Tetapi Johnny Tan menafikannya cuma satu gimik. Johnny berkata: ” “Dia menyertai pasukan sebagai salah seorang pemain dan dia juga akan mengambil peranan sebagai mentor kepada pasukan.”

“Disebabkan umur dan pengalamannya, dia juga akan dapat menasihati pasukan tentang cara untuk menjadi lebih tenang dan kurang ‘kan cheong’ (gugup).”

Tan mengesahkan bahawa Datuk M Nasir merupakan pemain MLBB yang kasual. Dan dia sendiri menyatakan hasratnya untuk menerokai bidang E-Sukan.

Perbincangan antara RSG dan Datuk M. Nasir sudah berlangsung selama sebluam. Ternyata Sifu mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Selain itu RSG turut memuat naik gambar Sifu M Nasir dengan baju rasmi RSG Malaysia ketika rehearsal untuk persembahannya.

Semoga Sifu berjaya di arena E Sukan dan menjadi inspirasi kepada mereka yang sudah berumur, untuk memikirkan bahawa, usia bukan penghalang dalam bidang eSukan. Kenapa tak pakai nama Tuah je kan? Tapi nama Sifu pun memang sinonim dengan Datuk M. Nasir.

Selepas mengumumkan M. Nasir sebagai pemain terbaru, barisan pemain baru MLBB RSG bagi menghadapi saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) musim yang ke-10 turut didedahkan mengikut peranan atau role masing-masing.

Flex
Dato’ M.Nasir
Lei Xia

Mid Lane
Izanami

Roamer
Hawkk.

Jungler
Kuza
LinkEzaa ML

Exp lane
Rsg Iris
Ewan Hyhy

Gold Lane
Lolealz

Coach
Kuja

M.Nasir memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah “Mustika”, “Apokalips”, “Mentera Semerah Padi”, “Raikan Cinta” dan “Phoenix Bangkit Dari Abu”.

Filem yang pernah dilakonkan oleh M. Nasir antaranya adalah Kembara Seniman Jalanan (1986), Fenomena (1990), Selubung (1992), Merah (1997), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017).

Satu kejutan besar dari Dato’ Mohamad Nasir Mohamed yang dilahirkan pada 1957 yang kini berusia 65 tahun apabila menceburi bidang baharu yang sangat janggal dengan seorang berstatus warga emas.

Kini M.Nasir menjadi gamers profesional selepas terkenal sebagai seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis serta sinonim dengan gelaran Sifu.

BACA:  Ronaldinho Dedah Samada Beliau Sengaja Atau Tidak Melemaskan Seaman di Piala Dunia 2002