Maguire Bengang De Gea Punca Dia Terperap Di Bangku Simpanan

Harry Maguire dikatakan tidak gembira dengan situasi semasa di Old Trafford. Dan dia menyalahkan David De Gea sebagai antara punca kenapa dia kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Manchester United.

Laporan dari ESPN menyebut bahawa Maguire merasakan kesilapan De Gea menjadi sebab kenapa mereka banyak bolos musim lepas. Dan tempiasnya terkena pada Maguire.

Musim ini Maguire hanya beraksi 2 perlawanan pertama Manchester United. Di mana dia menelan kekalahan dalam dua perlawanan tersebut. Selepas itu Maguire kehilangan tempat kepada Raphael Varana dan Lisandro Martinez.

Keadaan semasa di Old Trafford kurang menyenangkan hati Maguire. Kerana dia risau kedudukannya dalam kesebelasan utama England akan terancam. Mujur Gareth Southgate sudah memberikan jaminan bahawa tempatnya sudah selamat.

Maguire agak tidak gembira dengan David De Gea yang meletakkannya dalam situasi sekarang ini. Walaupun pundit dan peminat berpendapat berbeza, menganggap De Gea banyak menjadi penyelamat kepada Manchester United.

Selain itu Maguire juga dikatakan kecewa kerana De Gea kurang memahami permainan ball playing keeper yang dimahukan Ten Hag. Dan kesannya, terkena kepada pemain seperti Maguire yang bijak lagi padu.

Sumber yang sama menyatakan bahawa, Maguire yakin dia akan bermain di tahap terbaiknya jika dia bermain untuk pasukan seperti Manchester City.

Maguire Dan Shaw Ketuai Senarai Panggilan Terbaru Southgate

Gareth Southgate akan mengumumkan skuad akhir pra-Piala Dunia England yang terkini pada beberapa jam yang lalu.

Senari panggilan terkini untuk memberikan peluang kepada beberapa pemain membuktikan kualiti mereka.

England akan menentang Itali dan Jerman dalam Liga Negara-Negara UEFA pada 23 dan 26 September, masing-masing – memberikan peluang terakhir kepada pemain untuk memecah masuk ke dalam senarai pengurus untuk Piala Dunia pada bulan November.

Penyerang Brentford, Ivan Toney berjaya mendapatkan panggilan pertamanya bersama sama dengan Harry Kane selepas permulaan yang prolifik untuk kempen.

Toney bolehlah dianggap menggantikan Dominic Calvert-Lewin yang masih belum bermain musim ini kerana masalah kecederaan yang berterusan.

Pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek telah memasuki semula senarai selepas memperoleh masa permainan yang lebih baik.

Manakala pemain antarabangsa berpengalaman, Kieran Trippier sedang bersaing untuk mendapatkan tempat permulaan dengan posisi paling sengit di bek sayap kanan.

Harry Maguire seperti yang dikatakan oleh Southgate sebelum ini sudah terjamin tempatnya di dalam pasukan England. Ini kerana Southgate percaya pemain itu masih nadi penting England. Sambil meminta Maguire tak terlalu tertekan tentang minit permainannya di Man United.

Maguire sudah beberapa perlawanan liga dia kehilangan tempat kepada Lisandro Martinez.

Satu lagi nama yang menarik perhatian pastinya Luke Shaw yang terus diberikan kepercayaan walaupun dia sudah kehilangan tempat kepada Tyrell Malacia di Old Trafford.

Marcus Rashford dan Jason Sancho, kedua duanya gagal memecah masuk dalam senarai kali ini. Rashford dilaporkan mengalami kecederaan. Dengan Erik Ten Hag menjelaskan bahawa dia yakin pemain itu akan ke Piala Dunia. Tiada alasan untuk Rashford tidak berada dalam senarai.

Rashford telah memulakan kempen dengan sangat baik untuk United dan dijangka disenaraikan dalam skuad Gareth Southgate ke Piala Dunia.

Setelah tidak bermain dalam perlawanan pembukaan Liga Europa United, kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Real Sociedad, Rashford sekali lagi akan terlepas untuk perlawanan kumpulan kedua mereka menentang Sheriff Tiraspol pada Khamis.

Namun ada perdebatan mengenai Jadon Sancho yang tidak dipanggil. Mereka turut membandingkan statistik antara Sancho dan Grealish pada musim ini.

Satu lagi nama yang dianggap agak malang untuk tidak dipanggil ialah Ben White dari Arsenal.

Berikut adalah senarai panggilan terkini Gareth Southgate untuk tugasan minggu antarabangsa yang akan datang.

Ianya akan menjadi minggu penting dalam usaha Southgate memutuskan senarai akhir yang akan berada dalam senarai skuad Piala Dunia.

BACA:  Bruno Fernandes Dedah Reaksi Maguire Apabila Dia Diumumkan Kapten Baharu MU