Macam La Rangnick Bagus Sangat! – Legenda Liverpool

Pemain legenda Liverpool, Graeme Souness tanpa semena-mena, takda angin takda ribut telah membantai keputusan Manchester United melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim mereka.

Entah apa yang merasuk Graeme Souness samapa sebegitu sekali tidak puas hati, mungkin benda gini memang ada dalam DNA Liverpool, tengoklah penyokong mereka tak habis-habis menganjing dengan apa yang kelab lain lakukan.

Mendabik dada macam mereka tahu semuanya, pendapat merekalah yang paling betul, pemain merekalah yang paling hebat dan merekalah penyokong terhebat macam lahir kat dalam Anfield.

Menurut Graeme Souness, Ralf Rangnick bukanlah calon yang tepat untuk Manchester United walau pada mana-mana tahap sekalipun dan berpendapat Ralf Rangnick tidak mempunyai kejayaan yang hebat.

“Ini merupakan pengurus interim ketiga sejak Fergie bersara. Aku tak faham, CV (Curriculum Vitae) lelaki ini… akan buatkan kau tak rasa ‘wow’ dan CV dia pun tak menarik sangat, dia tidak begitu berjaya.” Ujar Souness kepada talkSPORT.

“Dia hanya memenangi satu trofi. Bakatnya hanya akan menyerlah dengan menyertai kelab bola sepak dan membangunkan struktur untuk berkembang dan bertambah baik dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun.”

“Bukan itu yang Manchester United perlukan sekarang, Manchester perlukannya sekarang juga – mereka perlukan seseorang yang boleh memberi impak segera.”

Menurut Graeme Souness lagi Manchester United kini mempunyai barisan pemain yang berkualiti namun tidak memberikan yang terbaik.

“Terdapat sekumpulan pemain yang sangat sihat di sana sekarang tidak syak lagi pengurus terdahulu Ole tidak mendapat yang terbaik daripada mereka, banyak lagi yang patu mereka diberikan. Itulah yang akan membuatkan kau dinilai.”

“Sekarang Man Utd mempunyai kumpulan pemain yang berprestasi rendah. Adakah Rangnick yang tidak pernah berada dalam Liga Perdana Inggeris ini mampu melakukannya? Saya tidak fikir begitu.”

Graeme Souness terus mengulangi bahawa beliau tidak faham dengan perlantikan Ralf Rangnick melainkan ini boleh menjadi satu pelan persaraan yang bagus untuk Rangnick.

“Aku tak paham dengan perlantikan ini. Jika anda memikirkan masa lima atau sepuluh tahun dan struktur yang mungkin dia letakkan [okay], [tetapi ia] hanya enam bulan.”

“Selepas itu dia akan mengambil peranan sebagai perunding? Pencen yang bagus untuk dia! Dia berumur 63 tahun, pekerjaan yang bagus jika anda boleh mendapatkan kerja seperti itu. Tetapi aku tidak faham dengan perlantikan ini.”

Tidak tamat disitu, Souness juga telah mengutuk keras dasar pengambilan pemain oleh Manchester United beberapa tahun kebelakangan ini sama melalui pembelian atau penjualan pemain.

Souness tidak nampak ada individu di Manchester United yang bertanggungjawab mengakui dialah yang membawa pemain masuk ke kelab.

“Aku melihat Manchester United tanpa sebarang butiran dalaman yang terperinci tentang cara mereka bekerja. Aku tidak nampak sesiapa mengangkat tangan dan berkata ‘Aku menandatangani dia, dia pemain aku’.”

“Aku tidak nampak sesiapa bertanggungjawab.”

“Perkara yang perlu anda lakukan dengan betul di kelab bola sepak ialah pengambilan pemain dan sejak Fergie pergi Manchester United menjadi jaguh dalam membuat kesilapan ketika membeli pemain.”

Lantaran kekerapan bertukar pengurus yang mempunyai corak dan falsafah tersendiri maka terjadilah situasi jual beli pemain yang bukan-bukan malah pemain yang bagus dilepaskan begitu sahaja.

“Begitulah aku melihatnya. Anda lihat pemain yang mereka bawa masuk, pemain yang telah mereka jual. Jonny Evans dibenarkan pergi. Jonny Evans lebih baik daripada mana-mana bek tengah yang mereka ada sekarang.”

“Aku tidak faham. Pemain yang mereka beli dan pemain yang mereka jual, memberikan pemain seperti [Anthony] Martial, yang sangat terus sejak 2-3 tahun lalu kontrak baharu.”

Souness terus tidak faham dan memberikan contoh Evans yang dilepaskan dan Mata yang tidak mampu menawarkan apa-apa dengan usia senjanya dilanjutkan kontrak.

“Mata adalah sebaik-baik umat, tetapi apa yang dia mampu tawarkan kepada mereka di atas padang. Aku hanya tidak faham siapa yang membuat keputusan dalam bola sepak dan mereka nampaknya membuat kesilapan secara konsisten.

“Manchester United, kelab bola sepak yang megah ini, semakin tenggelam.

Bekas pemain Liverpool menyimpulkan bahawa Manchester United ketika telah diuruskan dengan cara yang salah dan kerana itulah Manchester United berada dalam situasi sekarang.

Michael Carrick, Darren Fletcher, Kieran McKenna dan Mike Phelan bersedia untuk kekal di Old Trafford untuk membentuk sebahagian daripada kakitangan sebalik tabir Rangnick.

Lelaki Jerman itu akan membawa beberapa orang pilihannya sendiri bersama tetapi United berharap pemain seperti Fletcher, Carrick dan McKenna dapat belajar daripada Mastermin Jerman itu.

Selepas tamat interim, Rangnick dijangka akan turut terlibat dalam memilih penggantinya dengan Mauricio Pochettino pilihan utama Manchester United.

BACA:  Chapeau! - Rangnick Puji Work Rate Ronaldo Yang Boleh Pressing