Machester United Terus Mengejar Ke Top 4

Manchester United meneruskan momentum cemerlang di tahun 2024 apabila tidak lagi tewas dan teruk mengasak Aston Villa di Villa Park dari awal permainan.

Beberapa percubaan bahaya berjaya dihadirkan terutamanya dua dari Alejandro Garnacho yang berjaya di serap Aston Villa. Pada minit ke-17, Rasmus Hojlund berjaya membuka tirai jaringan.

Gol berpunca dari sepakan penjuru yang berjaya ditanduk Harry Maguire dan bola jatuh di kaki Rasmus Hojlund yang berada di hadapan penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez dan langsung tidak di kawal untuk satu tolakan mudah.

Pada usia 21 tahun dan 7 hari, Rasmus Hojlund telah muncul menjadi pemain kedua termuda yang menjaringkan gol dalam lima penampilan Liga Perdana secara berturut-turut, hanya di belakang Nicolas Anelka ketika bersama Arsenal yang direkodkan pada November 1998 (19 tahun 239 hari).

Tersentak dengan jaringan tetamu bertandang, Aston Villa terus bangkit dari lamunan dan mula menekan Manchester United dengan serangan bertali arus. Menggelupur Andre Onana mnenyelamatkan dua tiga percubaan bahaya pemain Villa.

Anak buah Erik Ten Hag berjaya mengekang segala asakan tuan rumah sambil sesekali menyerang untuk mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat 45 minit pertama. Harry Maguire cemerlang ketika bertahan dan menyerang.

Luke Shaw dikeluarkan kerana kecederaan dan Victor Lindelof masuk sebagai pengganti.

Tiga minit permainan bersambung Ollie Watkins sepatutnya menyamakan kedudukan apabila rembatan jarak dekatnya tepat ke arah Onana yang membuatkan penjaga gol Manchester United shaking teruk tetapi bersyukur kerana tidak bolos.

Memasuk minit ke-60 kedudukan masih sama dan Aston Villa terus membazirkan deretan beberapa peluang terbaik mereka. Onana terus cemerlang.

Ketika brother meja sebelah memuji Onana dengan berkata:”Power Onana malam ni.” Douglas Luiz berjaya menyamakan kedudukan dengan rembatan depan muka Onana disusuli keraian henjutan perut tanda puas.

Manchester United kembali menyerang kerana wajib bagi Setan Merah mengutip 3 mata untuk membesarkan peluang mereka mengejar slot Champions League. Sama juga situasinya buat Villa.

Douglus Luiz memsia-siakan peluang keemasan apabila clearan Diogo Dalot tepat ke kakinya namun hanya satu rembatan lemah yang berdaya dilakukan. Setan Merah terus mencuba dengan percubaan lemah Garnacho.

Selepas 13 minit di padang, Scott MacTominay yang masuk menggantikan Marcus Rashford menjalankan tanggungjawab dengan padu apabila meletakkan Seta Merah kembali mendahului pada minit ke-86 selepas menyundul deras hantaran lintang sedap Dalot.

Aston Villa masih tidak berputus asa dengan masa kecederaan 6 minit dan terus mengasak namun Onana serius menafikan segala percubaan dan sepertinya tidak mahu membuat kelakar.

Tamat permainan, Manchester United membawa pulang 3 mata berharga dan Villa terpaksa berputih mata di hadapan penyokong sendiri apabila gagal menyudahkan peluang.

Aston Villa: Martinez, Cash, Diego Carlos, Lenglet, Alex Moreno, Kamara, Douglas Luiz, Bailey, Ramsey, McGinn, Watkins.

Simpanan: Tielemans, Digne, Torres, Diaby, Zaniolo, Olsen, Rogers, Kesler-Hayden, Iroegbunam.

Man Utd: Onana, Dalot, Maguire, Varane, Shaw, Casemiro, Mainoo, Garnacho, Bruno Fernandes, Rashford, Hojlund.

Simpanan: Bayindir, Lindelof, Amrabat, Eriksen, Diallo, Antony, Evans, McTominay, Forson.

Pengadil: Robert Jones (Merseyside)

Baca Juga

Baca Juga