Madam Pang Pemilik Empayar Perniagaan Bernilai $98 Bilion Seorang Yang Gilakan Bola Sepak

madam pang

Madam Pang merupakan seorang ahli perniagaan dan juga pemilik empayar perniagaan bernilai $98 Bilion (RM428.36 bilion) merupakan seorang wanita yang gilakan sukan bola sepak.

Jika kita menonton aksi pasukan Kebangsaan Thailand pasti akan ada wajah wanita ini bangku simpanan dan terkecuali ketika Thailand menewaskan Malaysia di separuh akhir Piala AFF 2022.

Madam Pang merupakan pemegang jawatan sebagai pengurus besar pasukan Gajah Perang itu dan juga merupakan pengerusi pasukan yang beraksi di Thai Premier League, Port FC.

Dia menegaskan bahawa bola sepak kekal yang biasanya didominasi oleh lelaki sebagai minat utama dalam hidupnya dan menguruskan pasukan wanita negara adalah perkara yang paling dekat di hatinya.

Nama Madam Pang sentiasa menjadi sebutan media terutamanya dalam bola sepak apabila tidak lokek untuk mengeluarkan wang dari poket sendiri sebagai insentif dan galakan tambahan kepada pasukan.

Pada Piala AFF 2020, Madam Pang telah menjanjikan bonus tambahan sebanyak RM2.5 juta kepada pasukan Thailand jika muncul juara dan Gajah Perang telah berjaya merangkul kejayaan keenam.

Sebelum itu Madam Pang juga telah memberi bonus ratusan ribu ringgit kepada pemain skuad bawah 23 tahun Thailand yang layak ke pusingan akhir Piala Asia B23 2022 di Uzbekistan.

Kemurahan hati Madam Pang menjanjikan bonus tidak terhad kepada pasukan kebangsaan lelaki sahaja malah di semua peringkat dan juga terkecuali diperingkat kelab.

Madam Pang telah menawarkan insentif sebanyak $61,000 kepada pasukan kebangsaan wanita Thailand yang berjaya mara ke pusingan akhir Piala Dunia Wanita 2023.

Tahun lalu, beliau juga telah telah menghadiahkan staf dan pemain Port FC dengan jam tangan mewah berjenama Rolex, telefon pintar premium iPhone 13s dan beg berjenama supaya para pemain dan staf dapat menikmati gaya hidup ‘crazy rich’ beliau walaupun untuk seketika.

Di Piala AFF 2022, Madam Pang telah mengumumkan akan memberi bonus RM638,000 kepada pasukan Thailand jika berjaya mara ke separuh akhir.

Jika difikirkan dengan kualiti dan prestasi Thailand separuh akhir bukanlah tempat mereka tetapi final atau juara namun Madam Pang tetap mengambil inisiatif sendiri untuk melonjakkan semangat para pemain.

Kesemua ganjaran, imbubah dan bonus yang diberi serta dijanjikan Madam Pang ini adalah dari poket sendiri dan tiada satu sen pun dari Persatuan Bola Sepak Thailand.

Siapa Madam Pang?

Nualphan ‘Phang’ Lamsam kini berusia 54 tahun adalah keturunan generasi kelima dari keluarga Lamsam yang berdarah Thai-China dan nama Lamsam itu bermaksud kaya dalam bahasa Thailand.

Keluarga Lamsam telah mengasaskan Bank Kasikorn, atau KBank yang kini telah menjadi sebagai salah satu pemberi pinjaman terbesar di Thailand, ia mempunyai aset AS$98 bilion dan portfolio besar yang merangkumi syarikat insurans utama.

Sepupu Pang, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Kasikorn Banthoon Lamsam dan keluarganya telah disenaraikan oleh Forbes sebagai yang ke-31 terkaya di Thailand dengan gabungan nilai bersih AS$860 juta.

Dua adik Pang juga berjaya dengan cara mereka sendiri – Wannaporn Phornprapa mengendalikan studio landskap dan reka bentuknya sendiri dengan projek di seluruh Asia dan Eropah manakala Sara Lamsam mengendalikan Muang Thai Life Assurance.

Madam Pang dilahirkan pada tahun 1966 di Bangkok dan lulus dengan ijazah pemasaran dari Universiti Chulalongkorn yang berprestij, salah satu institut pengajian tinggi tertua di Thailand.

Dia kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam pengurusan di Universiti Boston. Dia kini berkahwin dengan Pol. Kol. Naras Savestanan, ketua pengarah Jabatan Pemasyarakatan di Thailand.

Walaupun lahir dalam keluarga yang kaya raya, Madam Pang telah mencorakkan laluan hidupnya sendiri berdasarkan minatnya dan padang bola sepak adalah tempat paling dekat dihatinya.

Madam Pang yang elegan dan berkuasa tinggi memakai banyak topi yang pelbagai dan telah mencipta namanya dalam pelbagai industri – beliau adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Muang Thai Insurance.

Juga pengurus pasukan bola sepak lelaki dan wanita di Thailand, pengarang memoir dan konsul kehormat untuk Konsulat Lithuania di Bangkok, serta seorang selebriti, pempengaruh media sosial dan juga dunia nyata yang terkemuka.

Tetapi tugas utamanya ialah Presiden dan CEO di Muang Thai Insurance, salah satu syarikat insurans bukan hayat terkemuka di Thailand. Dia juga mengetengahkan kempen penjenamaan terbaharu syarikat “Believe Pang” dan wajahnya menghiasi penerbitan dan papan iklan di seluruh negara.

Walaupun dia mengimbangi tanggungjawab korporatnya yang berprofil tinggi, Pang juga telah memecahkan tanah dalam dunia sukan yang didominasi lelaki, dan merupakan pengerusi pasukan liga perdana Thai Port Football Club.

Ahli perniagaan yang memenangi anugerah dan mengaku gemar membeli-belah adalah antara pengimport awal label pereka di Thailand dan memiliki hak pengedaran tunggal Hermes, Saint Honore (Bangkok). Dia juga pemilik bersama Meister Technik yang merupakan pengedar rasmi kereta Audi di Thailand.

Madam Pang sebelum ini aktif dalam politik apabila telah menjadi Timbalan Setiausaha Agong Parti Demokrat Thailand dari tahun 2006 sehingga 2016.

Segalanya Madam Pang miliki, kekayaan, kuasa dan kemasyhuran, tiga perkara menjadi idaman manusia dan jarang ketiga-tiga ini boleh diperolehi secara serentak.

Dengan segala yang dimiliki semuanya dalam genggaman Madam Pang namun dia memilih untuk berhujan panas ditepi padang dan bermandi peluh serta mencium peluh di bangku simpanan pasukan Thailand.

Baca Juga

Baca Juga