Maguire Buat Hal Lagi Ditariknya Luke Shaw Yang Mahu Keluarkan Bola

Satu dunia sudah tahu bahawa Manchester United telah dibelasah teruk oleh Tottenham Hotspur dengan jaringan 6-1 di gelanggang keramat mereka apa lagi kalau bukan Old Trafford.

Spurs mempamerkan aksi kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan seawal minit kedua, dan kebangkitan Spurs boleh dikatakan berpunca daripada pertolongan pemain pertahanan termahal dunia.

Segalanya bermula daripada satu lontaran ke dalam oleh yang telah berjaya dipintas Paul Pogba dengan satu penerajang dan bola masuk ke kotak penalti Manchester United.

Harry Maguire datang menanduk dan bola ke udara dan ditanduk lagi oleh Eric Bailly dan menemui Harry Maguire kembali, kapten Setan Merah itu cuba menyelamatkan keadaan dengan menanduk bola kepada David De Gea.

Malangnya bola terlalu lemah untuk sampai kepada De Gea. Erik Lamela terus mengejar bola namun sebelum Lamela berjaya merebut Luke Shaw telah berjaya melindungi bola dengan baik.

Ketika Luke Shaw mahu mengeluarkan bola entah kenapa Maguire datang dari belakang telah menarik dan menjatuhkan Shaw dan berpusing di tanah.

Bola muntah di depan Tanguy Ndombele yang pantas menerpa untuk membuat satu rembatan mudah buat Tanguy Ndomebele menjaringkan gol.

Jelas kelihatan Harry Maguire menjaga Luke Shaw dengan wajah yang penuh keazaman dan kesungguhan yang tiada banding tara sebelum menarik Luke Shaw hingga berpusing.

Apakah yang sebenarnya cuba dilakukan oleh Harry Maguire dan perlakuan sebegini yang begitu aneh dan tidak masuk akal ini bukan pertama kali dilakukan Maguire.

Kejutan terbesar terjadi dalam perlawanan minggu ke-4 Premier League apabila Manchester United telah dibelasah teruk oleh Spurs di gelanggang keramat mereka, Old Trafford.

Gol Spurs telah dijaringkan masing-masing dua gol oleh Harry Kane dan Son Heung-Min dan satu oleh Tanguy Ndombele serta Serge Aurier.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, bukan empat, bukan lima tetapi 6 gol telah dijaringkan oleh Spurs dalam aksi kebangkitan penuh sensasi dan padu.

Segalanya mudah buat Spurs Yang bangkit dari ketinggalan satu gol dan membalas dengan enam gol.

Kebocoran teruk bahagian pertahanan Manchester United bukan benda baru dan berlakuk sejak musim lalu namun tidak dihukum sekeras ini.

Maguire Marking Wan Bissaka Ketat-Ketat

Musim 2019/2020 menyaksikan Harry Maguire telah melakukan perlakuan yang sama ketika menentang Southampton dengan memeluk Aaron Wan Bissaka dengan ketat, padat dan sendat.

Hasilnya Southampton berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan yang berpunca dari sepakan penjuru dan Manchester United terpaksa berkongsi mata.

Tindakan Maguire itu nyata boleh menyebabkan Manchester United hilang slot ke Champions League, mujur semua itu tidak terjadi dan hanya menjadi bahan hiburan.

Ketika menentang Sevilla di Europa League Maguire dikatakan sedang mengawal gerakan rakan sepasukan, Brandon Williams. Atau adakah Maguire sedang melakukan No-Look Defending?

Harry Maguire kelihatan seperti memandang ke arah lain untuk mengarahkan Williams melakukan hadangan terhadap hantaran silang yang menjurus kepada gol pertama Sevilla oleh Suso.

Hasilnyha Manchester United telah disingkirkan dari pertandingan Europa League selepas dimalukan Sevilla dengan jaringan 2-1 dan terus kemarau piala apabila gagal ke final.

Maguire adalah pemain yang beraksi paling kerap dengan minit perlawanan tertinggi di eropah pada musim lalu.

Maguire juga adalah salah seorang pemain berada dalam Top 5 yang memenangi hadangan terbanyak, memiliki sentuhan bola tertinggi dan pemain pertahanan paling banyak menyimpan bola berdasarkan data dikeluarkan FBRef pada musim lalu.

Namun kerana beliau adalah pemain termahal dunia, dan merupakan pemain Manchester United, prestasi Maguire hanya dipandang sinis kebanyakkan penyokong kasual/ pasukan lain.

Maguire perlu memberikan aksi yang lebih meyakinkan dan padu serta tidak melakukan perkara yang bukan-bukan jika tidak mahu terus dipandang sebagai pelawak.

BACA:  Man Utd Masih Dominasi Top 6 Perpindahan Termahal Di Dalam Sejarah EPL