Maguire Dan Pope Berkicap Dikecam Selepas Sajikan Kesilapan dan Aksi Kelakar

Pemain pertahanan paling sensasi kontemporari ini, Harry Maguire yang ditemani oleh penjaga gol, Nick Pope berkicap dikecam penyokong England selepas menyajikan rentetan kesilapan dan aksi kelakar.

Akibat dari kesilapan dan aksi kelakar itu menyaksikan England telah tersingkir dari kumpulan A yang dihuni oleh pasukan bangsawan Eropah ketika satu kebangkitan epik telah berjaya dihasilkan.

Gol pertama Jerman terhasil daripada kesilapan Harry Maguire yang telah melakukan satu hantaran lemah yang dengan mudah dipotong Jamal Musiala.

Tanpa ragu Jamal Musiala terus cuba melepasi Maguire dan satu nutmeg berjaya dilakukan dan Maguire dengan penuh yakin telah melakukan satu terjahan lewat.

Video Assistant Referee (VAR) telah mengesahkan kecurangan yang dilakukan oleh Maguire dengan menghadiahkan sepakan penalti, Ilkay Gundogan mudah menyempurnakan pada minit ke-52.

Gol kedua Jerman pula terhasil 15 minit berselang juga puncanya diletakkan kepada Maguire apabila cuba bertukar menjadi Messi apabila cuba menggelecek di kawasan Jerman.

Namun cubaan Maguire itu mudah dipatahkan untuk satu serangan balas pantas dilakukan Jerman dan Kai Havertz tenang melakukan penyudah.

England melakukan satu kebangkitan sensasi apabila menjaringkan tiga gol dalam tempoh 11 minit dan gol penyamaan hadir dalam tempoh 3 minit melalui Luke Shaw pada minit ke-72, Mason Mount minit ke-75.

Harry Kane melengkapkan kebangkitan sensasi untuk meletakkan England di depan pada minit ke-83 melalui sepakan penalti selepas bentesan keras diterima Jude Bellingham.

Gegak gempita Stadium Wembley dengan aksi yang dipamerkan pasukan kesayangan mereka kecuali Harry Maguire.

Namun langit tidak selalu cerah terutamanya ketika malam hari, ketika Maguire sudah insaf selepas bermuhasabah diri, Nick Pope pula buat kelakar tak patut.

Rembatan luar kotak dari Serge Gnabry sepatutnya menjadi satu tangkapan mudah tapi Nick Pope melakukan blunder dan gagal melakukan tangkapan kemas.

Bola muntah ke kaki Kai Havertz yang melakukan satu tolakan mudah untuk menyamakan kedudukan membuatkan England berputih mata dan tersingkir dari liga bangsawan.

Maka Harry Maguire telah menjadi sasaran kecaman penyokong England yang sememangnya sedar kesilapan sebegitu adalah sangat tipikal dari Maguire, mungkin sudah menjadi DNAnya.

Nick Pope juga tidak terelak dari menjadi mangsa keceman dan penyokong England beranggapan Aaron Ramsdale dan Dean Henderson jauh lebih baik dan patut diturunkan.

Aksi Nick Pope itu juga disifatkan jauh panggang dari api untuk menggantikan Jordan Pickford selaku penjaga gol nombor wahid Skuad Tiga Singa.

Aksi England di UEFA Nations League menimbulkan kesangsian dengan barisan pemain yang dipilih oleh Gareth Southgate yang agak diluar kotak akal pemikiran peminat.

Paling utama apabila terus menyenaraikan Harry Maguire yang sudah kehilangan minit permainan bersama Manchester United sejak awal musim dan tidak menggunakan Ramsdale yang gemilang ketika ini bersama Arsenal.

England Terciduk Dikaki Jerman

Penggantian Gareth Southgate mengilhamkan kebangkitan 3 gol yang luar biasa dari England selepas 2 kesilapan dalam satu masa yang sama Maguire memberikan gol kepada lawan.

Tetapi kesilapan Nick Pope memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan Jerman berjaya mengikat pasukannya seri 3-3 dalam Liga Negara Eropah.

England menghadapi perlawanan malam Isnin dalam prestasi terburuk mereka sejak Southgate mengambil alih sebagai pengurus, dengan tekanan sebenar memuncak ke atasnya buat kali pertama.

Maguire pula dengan yakinnya menuduh media sengaja memburuk burukkan namanya walaupun dia beraksi bagus – pada pandangan dia la. Dia malah menuduh De Gea sebagai punca dia kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Man United kerana dia terpaksa menanggung kesilapan penjaga gol itu,

Kekalahan kepada Itali minggu lalu telah menyaksikan mereka tersingkir daripada kumpulan teratas Liga Negara-Negara Eropah, selepas gagal memenangi lima perlawanan pembukaan mereka.

Perlawanan menentang Jerman adalah yang terakhir mereka sebelum Piala Dunia, dan mereka memerlukan motivasi yang besar, setelah hanya menjaringkan satu gol daripada permainan terbuka dalam perlawanan baru-baru ini.

Tuan rumah mempunyai sedikit kelebihan pada separuh masa pertama, dengan bola cemerlang Luke Shaw mencipta peluang terbaik untuk Raheem Sterling, tetapi pasukan itu memasuki masa rehat dengan kedudukan 0-0.

Walaupun England beraksi baik, namun Jerman pula yang mendahului pada minit ke-52 selepas Harry Maguire, yang dipilih walaupun mendapat banyak kritikan, memberikan penalti dengan kekasaran ke atas bekas pemain remaja England, Jamal Musiala.

Maguire sebenarnya melakukan kesilapan dengan hantaran lemah dan dipintas Musiala. Lalu dia membentes pemain itu yang menutmegnya. Maguire melakukan 2 kesilapan dalam beza beberapa saat selepas aksi separuh masa yang cemerlang.

Dan kapten Manchester United itu dikritik sekali lagi pada minit ke-67, apabila dia kehilangan penguasaan bola di atas padang, yang akhirnya menyaksikan pelawat melakukan serangan menggandakan kelebihan gol mereka, dengan pemain Chelsea, Kai Havertz menjaringkan gol.

Maguire dilihat cuba menjadi Ronaldinho dengan cuba menggelecek kesemua pemain di atas padang, akhirnya kehilangan bola dan pasukannya menanggung derita.

https://twitter.com/backagain/status/1574492780541493319

England bagaimanapun kemudian menjaringkan tiga gol dalam masa 12 minit untuk melengkapkan kebangkitan semula yang luar biasa, terima kasih kepada penggantian Southgate.

Luke Shaw merapatkan jurang gol untuk finalis Euro 2020. Gol yang memulakan aksi gila England di atas padang.

Pemain simpanan Bukayo Saka dan Masoun Mount bergabung untuk gol kedua, pemain Chelsea itu menjaringkan gol penyamaan, selepas kerja luar biasa dari pemain sayap Arsenal itu.

Harry Kane kemudian menjaringkan gol ketiga dari sepakan penalti, selepas Jude Bellingham dikasari di tepi kotak, oleh rakan sepasukan Borussia Dortmund Nico Schlotterbeck.

Jika Southgate dan para pemain, menyangka mereka akhirnya akan mendapat kemenangan mereka, mereka sangat tersilap, dengan pasukan Hans Flick masih mempunyai baki tujuh minit masa sebenar untuk mendapatkan gol penyamaan mereka sendiri.

Mereka hanya memerlukan empat minit sahaja, dengan Havertz menggandakan jumlah golnya untuk malam itu pada minit ke-87, tetapi semuanya berpunca daripada kesilapan Nick Pope.

Serge Gnabry merembat dari luar kawasan, dan ia kelihatan agak mudah diselamatkan penjaga gol, tetapi pemain nombor satu Burnley itu hanya mampu menepis bola kembali kepada Havertz, dengan penyerang Chelsea itu menjaringkan gol penyamaan.

Pemain nombor satu Newcastle United itu hanya menjadi timbalan di gawang kerana kecederaan Jordan Pickford, walaupun ia mungkin masih memberi inspirasi kepada sesetengah pihak, terutamanya peminat Arsenal, untuk meminta agar Aaron Ramsdale dimasukkan ke dalam kesebelasan utama.

Ia adalah persembahan yang lebih baik dari England, dalam perlawanan terakhir mereka sebelum mereka berlepas ke Qatar untuk Piala Dunia pada bulan November.

Kini England menumpukan usaha untuk membawa pulang Piala Dunia yang mereka klaim rumahnya di England.

BACA:  Mengkaji Secara Saintifik dan Statistik Kenapa Harry Kane Merangkak-Rangkak Bersama England