Maguire Diguna Pakai Sebagai Hujah Debat Bajet 2023 Oleh Ahli Politik Ghana

Maguire Ghana

Tanpa disangka-sangka, Harry Maguire telah diguna pakai sebagaI hujah dalam sesi debat Bajet 2023 oleh ahli politik negara Ghana bagi memberi contoh betapa teruknya ekonomi Ghana di bawah pemimpin terkini.

Rakaman luar bias itu telah tersebar dari parlimen Ghana yang menunjukkan seorang ahli politik merujuk Harry Maguire dalam hujahannya yang memburukkan dasar ekonomi pesaing politiknya.

Ketika berdiri untuk memulakan hujahan balasnya, Isaac Adango memulakan dengan memuji pasukan kebangsaan Ghana atas kemenangan mereka ke atas Korea Selatan pada awal minggu

Isaac Adango mengeluarkan kata-kata yang keras untuk mengkritik dasar polisi ekonomi yang dibentangkan dalam bajaet dengan menggunakan Maguire sebagai titik rujukan utamanya.

Berucap di perhimpunan kebangsaan negara itu, Adango berkata naib presiden Ghana, Mahamudu Bawumia menikmati politik dengan menjaringkan gol sendiri dengan cara yang sama seperti pemain pertahanan Manchester United dan England itu lakukan.

Isaac Adango mengambil kesempatan untuk menyindir Maguire sebagai cara mengkritik dasar Bawumia, dengan mendakwa pesaingnya itu ‘menyerang pemainnya sendiri dan memberikan bantuan kepada lawan’ sama seperti bek tengah England itu.

“Jika anda peminat bola sepak, dan saya gembira melihat anda pada hari yang lain, bergembira apabila Ghana menang. Tetapi ada pemain seperti anda di United Kingdom di England bernama Maguire yang bermain untuk Manchester United.”

“Harry Maguire. Dia seorang pertahanan. Dia melakukan terjahan dan melayangkan badannya ke mana saja seperti dia adalah pertahanan terbaik di dunia.

“Manchester United pergi dan membelinya. Dia menjadi ancaman terbesar di tengah-tengah pertahanan Manchester United, menerjah pemainnya sendiri dan memberikan bantuan kepada lawan.”

“Walaupun pihak lawan gagal menjaringkan gol, Maguire akan menjaringkan gol untuk mereka.”

Adango kemudiannya meneruskan hujahnya lagi:

“Tuan Yang di-Pertua, anda akan ingat di negara ini kita juga mempunyai Maguire ekonomi.

“Di negara ini kita mempunyai Maguire ekonomi. Maguire ekonomi yang sama memberi kuliah di universiti tentang cara memulihkan nilai bandar.”

“Tuan Speaker mengapa kami memberi Maguire ini peluang untuk berada di tengah-tengah pertahanan kami? Dia menjadi risiko gol sendiri.”

“Maguire ekonomi kita sedang mengawal asas-asas ekonomi kita dan memusnahkan kesemuanya.” katanya.

Bagi Adango Maguire England dan Maguire ekonomi Ghana adalah sama fungsinya iaitu memusahkan pasukannya sendiri, Maguire England membunuh pasukan dan Maguire Ghana membunuh ekonomi negara.

Sebab mengapa ahli politik Ghana mengadakan perbahasan dalam bahasa Inggeris adalah kerana terdapat begitu banyak sub-bahasa dan dialek di dalam negara, dengan setiap wilayah mempunyai bahasa ibundanya sendiri.

Satu contoh yang agak kasar digunakan yang merujuk kepada dasar ekonomi Ghana kini seperti menjahanamkan negara sendiri sama seperi dilakukan Maguire kepada pasukan.

Harry Maguire mula menunjukkan prestasi yang sangat kelakar sejak musim lalu yang menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat dan tiada perkembangan positif ditunjukkan Maguire di bawah pengurus interim, Ralf Rangnick.

Kehadiran Erik Ten Hag juga gagal meningkatkan prestasi Harry Maguire terutamanya dalam melakukan kesilapan fatal yang mengundang padah kepada pasukan.

Dalam perlawanan UEFA Nations League (UNL) juga Maguire telah mempamerkan aksi kelakarnya dan diteruskan di musim baru bersama Manchester United.

Lantaran itu Maguire yang merupakan ketua pasukan tidak mendapat tempat dalam pasukan ditambah pula dengan kecederaan melanda.

Selepas kembali dari kecederaan Maguire masih gagal berada dalam skuad utama dan peluang itu kembali tetapi secara terhad selepas Raphael Varane mengalami kecederaan.

Paling ajaib apabila, Gareth Southgate menyenaraikan Maguire dalam skuad England ke Piala Dunia dan bermula dari kesebelasan utama.

Harry Maguire membalas kepercayaan Southgate dengan aksi berkelas dunia terutamanya dalam perlawanan menentang USA di mana semua pemain beraksi hambar kecuali Maguire.

Setakat peringkat kumpulan, Harry Maguire belum melakukan kesilapan kelakar dan yang mengancam pasukan.

BACA:  Harry Maguire Tolak Tawaran Manchester United Kerana Terhutang Budi Dengan Leicester