Maguire: ‘Haters’ Nak Kami Jatuh Kerana Cemburu Dengan Sejarah Kelab Kami Yang Hebat

Harry Maguire telah melancarkan serangan bertali arus seperti Lin Dan terhadap pengkritik Manchester United.

Di mana kapten kebangaan baharu Man United yang menjadi simbol pertahanan terbaik dunia itu menegaskan bahawa pembenci Manchester United terus mengkritik mereka kerana cemburu dengan sejarah kejayaan Manchester United di masa lalu.

Oleh itu Maguire merasakan haters berhati binatang mahukan Manchester United gagal. Namun itu tak akan berlaku.

The Red Devils yang sebelum ini tewas di tanga Arsenal dan Istanbul Basaksehir telah berjaya kembali ke landasan kemenangan.

Pasukan didikan Ole Gunnar Solskjaer kembali berjaya dengan kemenangan 3-1 ke atas Everton di Goodison Park pada hari Sabtu.

Maguire, yang dikritik karena penampilannya dalam beberapa minggu terakhir, mendakwa dia dan rakan sepasukannya dikritik lebih keras kerana mereka bermain untuk “kelab terbesar di dunia.”

Dan kapten United yang berusia 27 tahun itu mengakui bahawa ia boleh menjadi “sukar bagi orang muda seperti mereka” ketika berhadapan dengan kritikan bermain untuk kelab seperti The Red Devils.

Bercakap dalam wawancara selepas perlawanan yang menerusi akaun Twitter United, Maguire menjelaskan:

“Di kelab ini, satu perkara yang saya perhatikan pada masa saya di sini – saya telah berada di sini satu setengah tahun –  kita adalah kelab yang paling banyak dibincangkan di dunia.”

“Kenapa? Kerana kami adalah kelab terbesar di dunia. Orang tidak mahu kami melakukan tugas kami dengan baik.”

“Mengapa? Mungkin kerana sejarah kejayaan yang kami lalui pada masa lalu.”

“Kita harus membiasakan diri dengannya , dan kita harus bereaksi terhadapnya dan jangan biarkan unsur unsur negatif masuk ke gelembung kita di dalam lapangan latihan.”

“Kadang-kadang sukar bagi para pemain.”

Maguire tampil hebat ketika menentang Everton ketika United bangkit dari kekalahan mengejutkan mereka 2-1 di Istanbul pada hari Rabu.

Maguire diberikan pujian melambung oleh peminat Man United. Mereka gembira Maguire mengingatkan Haters di mana kedudukan mereka berbanding dengan kelab yang ada 20 EPL.

Adam Haig menyatakan Maguire telah meledakkan bom kebenaran.

Perlawanan menentang Everton diwar-warkan sebagai perlawanan penentu nasib Ole Gunnar Solksjaer selaku pemimpin di Old Trafford selepas mencatatkan keputusan yang sangat teruk di musim ini..

Khabar angin bertiup kencang yang dikatakan dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Manchester United telah membuka langkah untuk mengorat Mauricio Pochettino sebagai teman pengganti.

Ternyata Everton bermula langkah kanan dalam perlawanan ini apabila terlebih dahulu di depan dan memberi tekanan kepada Ole Gunnar Solksjaer dan Manchester United.

Sepakan Jordan Picford terus ditanduk oleh Dominic Calvert-Lewin kepada Bernard yang terus membuat rembatan rendah melalui celahan kaki Aaron Wan-Bissaka pada minit ke-19.

Namun Manchester United tidak panik dan sangat positif mencipta kebangkitan sensasi apabila mendahului perlawanan 13 minit bolos gol pertama.

Bruno Fernandes yang sendu dalam beberapa perlawanan sebelum ini telah kembali nadi pasukan apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 7 minit pada minit ke-25 dan 32.

Lebih menarik dua gol daripada Fernandes ini tidak melibatkan sepakan penalti dan gol penyamaan hadir melalui satu sundulan bebas hasil hantaran silang Luke Shaw.

Gol kedua Fernandes pula dicipta daripada cubaan Fernandes melakukan hantaran kepada Marcus Rashford namun tandukan Rashford tidak menyentuh bola.

Bola jatuh terkena tiang dan melantun masuk ke gawang. Selepas jaringan itu permainan menjadi milik Manchester United.

Everton mempunyai jentera tengah dan serangan yang mantap namun seperti semua sedia maklum barisan pertahanan Everton sangat rapuh.

Keghairahan Everton menyerang untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata tidak membuahkan hasil malah Everton dihukum dalam situasi tersebut.

Ketika perlawanan hampir tamat Bruno Fernandes berjaya lolos untuk melakukan serangan balas pantas dan berpeluang mencipta hatrik.

Namun Fernandes nyata tidak tamat dan menghantar bola kepada Edison Cavani yang nyata mempunyai peluang dan ruang lebih besar untuk menjaringkan gol.

Dengan reputasi besar, Cavani tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Jordan Pickford buat kali ketiga dan gol pertama Cavani bersama Setan Merah.

Bruno Fernandes kembali menjadi nadi kebangkitan Setan Merah dengan dua gol dan satu assist.

Everton: Pickford, Coleman, Holgate, Keane, Digne, Doucoure, Allan, Sigurdsson, Rodriguez, Calvert-Lewin, Bernard.

Subs: Mina, Tosun, Iwobi, Andre Gomes, Godfrey, Davies, Olsen.

Manchester United: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Mata, Bruno Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Pogba, Cavani, James, Henderson, Matic, van de Beek, Tuanzebe.

Bernard membuka gol untuk Everton pada babak pertama sebelum brace Bruno Fernandes menghantar United naik 2-1 pada separuh masa pertama.

Edinson Cavani membuka akaun gol beliau dengan gol ketiga United ketika memasuki babak kedua pada babak kedua untuk memastikan ketiga-tiga mata pasukannya dan mengurangkan tekanan pada Solskjaer.

Solskjaer menegaskan dalam wawancara selepas perlawanan bahawa jadual perlawanan Man United memang dibuat untuk menggagalkan mereka.

BACA:  Van Der Vaart 'Tibai' Harry Maguire Tanpa Belas Kasihan