Maguire Kecewa Ada Cubaan Menggulingnya Selaku Kapten dan Menaikkan Ronaldo

Kapten Marvel Manchester United, Harry Maguire berasa amat kecewa dan kurang gembira dengan cubaan menggulingkannya selaku ketua pasukan dan mahu menaikkan Cristiano Ronaldo sebagai pengganti.

Harry Maguire masih berjaya mengekalkan lilitan kapten selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat di mana Ralf Rangnick selaku pengurus interim tidak mahu melakukan rombakan.

Latihan pramusim Manchester United di bawah era baharu Erik Ten Hag telah pun bermula dan berita kurang enak telah mula kedengaran sebelum sempat pecah peluh.

Para pemain Setan Merah berpegang kepada prinsip demokrasi apabila dilaporkan tidak senada dalam isu pemilihan ketua pasukan di bawah Erik Ten Hag.

Dalam minggu pertama latihan di bawah Erik Ten Hag, sudah ada pemain yang menyuarakan sokongan mereka kepada Cristiano Ronaldo berbanding Harry Maguire.

Erik Ten Hag sebelum ini sudah berjanji bahawa beliau akan membincangkan isu ketua pasukan masa depan ini. Sama ada Harry Maguire kekal atau tidak, apa yang pasti nama Maguire masih dalam senarai untuk menggalas tugasan itu.

Calon kuat sebagai pencabar Harry Maguire sudah pasti Cristiano Ronaldo disusuli dengan David De Gea dan tidak ketinggalan Bruno Fernandes yang kuat merungut.

Simon Stone dari BBC melaporkan bahawa, ketika ini para pemain Setan Merah tidak bersatu hati apabila terbahagi sokongan mereka kepada dua kem iaitu team Maguire dan team Ronaldo.

Situasi itu membuatkan Maguire kurang gembira. Ini kerana dia merasa dirinya tidak dihormati.

Gary Neville sebelum ini menegaskan bahawa, Maguire sebenarnya sudah meningkatkan kualiti kaptennya pada musim 2020/21, tetapi kehadiran Ronaldo membuatkan dia kehilangan keyakinan.

Maguire sebelum ini menarik minat daripada Barcelona. Dan kelab Catalan itu mencadangkan agar Man United menyertakan nama bek tengah itu dalam perjanjian Frenkie De Jong.

Tetapi Ten Hag kekal dengan pendirian bahawa Maguire adalah pemain penting dalam projeknya.

Maguire diberikan jaminan akan menjadi pemain utama dalam pasukan musim baharu.

Ronaldo menjadi pemain yang dianggap paling berkarisma dalam pasukan United yang ada ketika ini.

Isu kepimpinan di atas padang sudah lama menjadi isu panas di United. Terutama sekali sejak Maguire dilantik menjadi kapten.

Maguire dinggap tidak layak menjadi kapten kelab sebesar Man United. Ole Gunnar Solskjaer adalah orang yang bertanggungjawab memberikan lilitan kapten kepada Maguire.

Kehadiran Rangnick secara interim pula, pengendali asal Jerman itu menyatakan bahawa dia tidak mahu masuk campur dalam isu kapten kerana musim baharu, pengurus lain yang akan mengendalikan United, iaitu Erik Ten Hag.

Jadi adalah lebih baik dia menyerahkan sahaja isu itu kepada Ten Hag.

Rata rata peminat Man United setuju bahawa Ronaldo harus dijulang sebagai kapten menggantikan Harry Maguire. Maguire menjadi pemain yang sangat banyak menerima kritikan musim lalu atas pelbagai sebab dan alasan termasuk isu kepimpinannya yang dipersoalkan.

Sebelum ini Harry Maguire dilaporkan bakal kehilangan lilitan ketua pasukan Manchester United di lengannya dengan kehadiran Erik Ten Hag yang diumumkan secara rasmi sebagai pengurus baharu.

Berita gembira buat mereka yang tidak menyukai Harry Maguire yang kini sangat berpotensi tinggi untuk kehilangan jawatannya selaku Ketua Pasukan Manchester United.

Menurut laporan dari korespon Manchester United yang boleh dipercayai, Samuel Luckhurst telah melaporkan Harry Maguire tidak akan lagi menjadi kapten jika Erik Ten Hag dilantik.

Namun kuasa politik Maguire agak berbisa apabila berjaya membuatkan kem Manchester United berpecah belah untuk mempertahankan jawatan dan semua ini berbalik kepada Ten Hag untuk memilih.

BACA:  Harry Maguire Mengaku Tidak Bersalah dan Dibebaskan