Maguire Laung Amaran: “Ini Baru Permulaan, Lepas Ni Akan Lebih Banyak Aksi Daripada Saya Dan Martinez”

Kapten kesayangan ramai, Harry Maguire telah mengakui bahawa dia gagal membentuk gandingan yang baik dengan rakan pertahanan tengah baharu Lisandro Martinez semasa kekalahan bermaruah 1-2 Manchester United kepada Brighton pada Ahad dalam perlawanan pembukaan musim mereka.

The Seagulls memanfaatkan beberapa kerapuhan pertahanan yang sangat tidak memuaskan untuk mendahului 2-0 sebelum separuh masa, kedua dua gol adalah daripada Pascal Gross.

United memang bertambah baik selepas rehat dan mengurangkan defisit kepada satu, 22 minit sebelum wisel penamat, hasil jaringan sendiri Alexis Mac Allister, tetapi mereka tidak dapat mencatatkan gol penyamaan yang mereka cari.

Brighton tidak pernah menang di Old Trafford sebelum ini. Dan pengurus baru Red Devils, Erik ten Hag, bermula dengan kekalahan dalam debutnya di EPL.

Berikut adalah pandangan suci murni Maguire tentang kekalahan United kepada Brighton.

Dia berkata: “Ia sesuatu yang perlu kami tangani atau ia akan terus berlaku. Gol pertama terasa seperti tamparan hebat kepada semua 11 pemain kami,” kata Maguire kepada Sky Sports selepas perlawanan.

Maguire memberikan amaran bahawa gandingan beliau dan Martinez sedang dibentuk untuk menjadikan Man United pasukan yang bakal mencipta banyak clean sheets musim ini. Dia memberitahu, ini baru permulaan, jadi keserasian itu masih dicari. Benda normal untuk mana mana gandingan baharu.

“Sangat bagus untuk mempunyai Lisandro Martinez di kelab ini. Kami mempunyai persaingan untuk mendapatkan tempat di bek tengah. Kami berdua tidak banyak bermain bersama sebelum ini dan dalam tempoh pertama aksi kami, kami berdua tidak berada pada gelombang yang sama. Gandingan bek tengah dibina dari semasa ke semasa dan kami akan menjadi lebih baik dan mengekalkan rekod clean sheets [selepas ini].”

“Semua orang tahu tugas itu. Kami mengalami musim yang buruk musim lalu. Kami mempunyai pengurus baharu yang cuba meletakkan falsafahnya pada pasukan tetapi apabila kami tidak melakukannya dengan betul kami kelihatan terlalu terbuka.”

“Kami menuju perlawana ini dengan positif sekali, kami menikmati pra musim yang cemerlang. Ianya adalah permulaan sangat buruk, 2-0 di belakang pada separuh masa pertama di Old Trafford.”

“Kami membalas dengan 1 gol tetapi kami bergelut, dan itu permulaan musim yang buruk untuk kami.”

“Kami memulakan perlawanan dengan baik hari ini, kami berada di serangan dan mengawal perlawanan. Kemudian kami bolos gol pertama, dan itu benar benar menyakitkan kami. Kami harus cuba mengelakkan gol pertama itu mengganggu semangat positif kami. Ianya mimpi ngeri ketinggalan 2-0 pada separuh masa.”

Maguire mendedahkan, memang agenda mereka adalah untuk mendapatkan gol pada separuh masa kedua. Dan mereka berjaya memperbaiki prestasi pada 45 minit terakhir.

“Kami bercakap tentang usaha untuk mendapatkan gol ketika rehat separuh masa. Saya rasa, pada separuh masa kedua kamu sendiri melihat permainan yang bagus, tetapi secara keseluruhan masih tak cukup bagus.”

Maguire kemudian meminta rakan rakannya agar menjadi lebih kreatif di hadapan gol. Maguire menegaskan pasukan mereka melakukan tekanan yang baik ke atas lawan mereka terutama sekali pada separuh masa kedua, namun tak cukup kreatif di hadapan gol.

“Kami harus lebih kreatif, itu adalah perkara yang kami harus perbaiki.”

Maguire yakin bahawa dalam perlawanan akan datang, para peminat akan menikmati aksi Manchester United yang sebenar, tampil dengan lebih baik.

Nampaknya Maguire benar benar menunjukkan ketokohannya sebagai seorang pemimpin. Oleh sebab itulah Maguire menjadi bek tengah termahal dalam sejarah bola sepak dunia setakat ini.

BACA:  Harry Maguire Mengaku Tidak Bersalah dan Dibebaskan