Maguire Salahkan Penjaga Garisan Punca Manchester United Seri Bermaruah

Harry Maguire merupakan pemain pertahanan termahal dalam sejarah pembentukan negara England dan juga dunia.

Dan beliau tidak dapat menerima kegagalan penjaga garisan yang membenarkan gol ketiga Everton. Ia membuatkan Man United terpaksa seri bermaruah dengan Everton.

Jeritan marah kapten Manchester United, Harry Maguire memecahkan suasana di Old Trafford. Maguire sangat mara dengan penjaga garisan yang seolah olah buta.

The Red Devils tidak dapat bertahan di Old Trafford selepas Calvert Lewin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95.

Tetapi terdapat insiden panas sebelum gol penyamaan membuat pertahanan tengah bernilai 80 juta poundsterling.

Semasa mempertahankan kedudukan di kedudukan 3-2, kapten United itu percaya dia telah dikasari.

Maguire terus berlari ke ara penjaga garisan dan mencarut: “Are you taking the p**s?”

Ianya adalah bahasa carutan klasik orang Inggeris. Namun kepimpinan dan semangat Maguire ketika cuba menegakkan keadilan untuk dirinya yang merasakan bahawa Manchester United  teraniaya membuatkan pemain pemain lain terpaku.

United mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, dengan gol oleh Edinson Cavani serta Bruno Fernandes.

Namun awal separuh masa kedua, Toffees bangkit dengan 2 gol menerusi Doucoure dan juga James Rodriguez. United kembali di hadapan menerusi Scott McTominay.

Malang sekali pada masa kecederaan 90+5, Calvert Lewin menghampakan Man United dengan gol penyamaan lewat.

Dan itu menyebabkan pengurus Ole Gunnar Solskjaer merasa kecewa, bingung dengan jumlah masa tambahan yang diberikan.

Bercakap selepas perlawanan, pengurus pembunuh berwajah kanak kanak (babyface assasin) berkata: “Anda selalu mempunyai pemain seperti Richarlison, Calvert-Lewin yang mengejar anda. Anda tidak pernah 100 peratus selesa, tentu anda tidak.”

“Tetapi kami bermain dengan baik setelah dua gol mereka. Kami bertindak balas dengan baik, mencipta peluang, menguasai.

“Tetapi mengapa tambah sampai empat minit? Itu di luar kuasa saya, berbanding tiga minit yang kita dapat hari tu. Tetapi semua yang kami perlukan adalah untuk memenangi bola di sudut, namun kami tidak melakukannya.

“Gol buruk [kami lepaskan]. Ketika berada di saat-saat terakhir masa tambahan itu sangat mengecewakan. “

BACA:  Lindelof Bagaikan Bermimpi Dapat Bermain Dengan Manchester United, Sasar Tempat Kedua