Maguire Sudah Meramal Terlebih Dahulu Beliau Akan Menjaringkan Gol Ketika Menentang Chelsea

Harry Maguire menjaringkan gol pertama Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United pada perlawanan menentang Chelsea kemarin. Itu adalah gol pertama beliau dalam Liga Perdana untuk musim ini selepas 26 perlawanan.

Setelah sekian lama tidak menjaringkan gol, beliau sebenarnya sudah meramal lebih awal yang beliau akan menjaringkan gol pada perlawanan menentang Chelsea itu.

Sebelum berpindah ke Old Trafford pada musim panas lalu Maguire telah membina reputasi sebagai seorang penjaring berkat persembahan beliau untuk England dalam Piala Dunia 2018.

Menjelang perlawanan malam kemarin menentang Chelsea, Maguire sudah meramalkan beliau akan menjaringkan gol dalam perlawanan itu. Sebelum itu beliau telah menjaringkan gol yang cantik untuk United ketika bertemu Tranmere Rovers di Piala FA.

Bekas pemain Leicester City itu mungkin tidak dapat menjaringkan gol kerana beliau berada di kedudukan yang tidak tepat untuk menerima hantaran dari Bruno Fernandes, mujur beliau dapat meloloskan diri dan menjaringkan gol pada minit ke-66.

Maguire di kawal ketika sepakan sudut Brunk namun beliau berjaya melepaskan dirinya dari dikawal dan melepaskan tandukan padu untuk menjaringkan gol ke dua united untuk memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-0.

Pemain berusia 26 tahun itu memberi respons kepada tweet abangnya selepas perlawanan itu memuat naik status “It’s about time”.

Maguire bernasib baik kerana masih berada di padang untuk gol itu kerana dia dengan mudah boleh dibuang padang akibat kekasaran dan kejahatan yang telah beliau lakukan pada separuh masa pertama perlawanan.

Pemain pertahanan tengah United itu telah bergelut dengan Michy Batshuayi dan beliau jatuh tersembam di hadapan kawasan teknikal Chelsea.

Beliau kemudian telah menendang Batshuayi di bahagian sulit dan membuatkan Frank Lampard serta pemain-pemain lain di bangku simpanan bangkit untuk mengeluh tetapi pengadil Anthony Taylor tidak menganggap  ia satu isu dan VAR tidak mempedulikannya.

The Red Devils kemudian memimpin perlawanan pada separuh masa pertama dengan jaringan dari Anthony Martial hasil umpanan cantik oleh Aaron Wan-Bissaka.

Chelsea menyangka mereka akan menyamakan kedudukan pada awal babak kedua apabila Kurt Zouma menjaringkan gol Namun gol itu di batalkan oleh VAR, kerana terlihat ada kekerasan yang berlaku dalam usaha jaringan itu.

Maguire kemudian menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke 66. Perlawanan yang penuh kontroversi itu berkesudahan dengan kemenangan United 2-0.

Harapnya lepas ni Maguire boleh terus meramal lagi jaringan yang akan beliau jaringkan. Siapa tahu dengan kehadiran Bruno dan Ighalo United bakal kembali ke prestasi menggerunkan mereka.

BACA:  Manchester City Tawarkan Raheem Sterling Kepada Chelsea