Maguire Tak Sabar Nak Terajang Liverpool Sebagai Balas Dendam Kalah 0-(*Ehem, tak sanggup nak tulis)

Kapten kesayangan ramai, Harry Maguire telah mendedahkan bahawa Manchester United sedia untuk membalas dendam ke atas Liverpool berikutan kekalahan memalukan mereka 0-5 di Old Trafford sebelum ini.

Kekalahan yang membuatkan ramai penyokong Manchester United tiba tiba tak pasti sama ada dapur mereka di rumah sudah ditutup atau tak selepas separuh masa pertama. Maka demi mengelak kejadian tak diingini berlaku, mereka pun balik berama ramai nak pastikan betul betul hanya selepas 15 minit separuh masa kedua.

United masih terluka dengan kekalahan pada Oktober tahun, dengan Liverpool memalukan mereka di Old Trafford. Ole Gunnar Solskjaer berjaya mempertahankan jawatannya selama sebulan lagi tetapi keputusan itu masih memainkan peranan dalam pemecatan pengurus yang digelar pembunuh upahan berwajah bayi dari Norway itu pada November.

Enam bulan selepas rasa malu dan aib itu, pasukan Jurgen Klopp dilihat semakin kuat  berbanding sebelum ini.

Pasukan dari Merseyside itu belum pernah tewas dalam Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2022 dan kemenangan pada hari Selasa akan menyaksikan mereka memintas Manchester City di puncak carta selama sekurang-kurangnya 24 jam.

United mengharungi perlawanan kali ini dengan prestasi yang agak tidak menentu dan kekurangan pemain kerana masalah kecederaan. Namun kejayaan Manchester United menewaskan Norwich sebelum ini dianggap motivasi berharga buat mereka.

Wira sebenar peminat bola sepak, Harry Maguire telah menjelaskan bahawa pemain sedang berusah membalas dendam ke atas Liverpool.

Adakah dia masih ingat detik hitam itu?

Maguire terlalu genius untuk lupa benda benda macam tu. Dia berkata “Ya pastinya, seperti yang anda katakan itu adalah detik paling teruk [kena bantai dengan Liverpool], detik paling teruk pada musim ini, salah detik paling buruk dalam karier saya, dan saya pasti pemain lain juga.”

“Anda tidak memerlukan motivasi lain untuk bermain dalam perlawanan ini. Ia adalah perseteruan yang begitu besar, apabila anda menyertai kelab ini anda tahu perseteruan itu, ia adalah antara yang terbesar di dunia.”

“Ia adalah perlawanan yang perlu kami nantikan. Kami tahu kami perlu bermain sebaik mungkin untuk mendapatkan sesuatu, dan itulah yang perlu kami persiapkan,” kata Maguire.

Selepas menjulang Piala Carabao, Liverpool menewaskan City untuk mara ke final Piala FA, mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan bersama-sama The Blues dalam perebutan Piala FA.

Serta masih ada kemungkinan Liverpool boleh melakukan aksi yang luar biasa dengan menamatkan musim dengan quadruple.

Pencapaian sebegitu tidak pernah dicapai di England dan jika mereka berjaya berbuat demikia, ia akan mengatasi kejayaan treble bersejarah United pada 1999.

Maguire: Kami tak peduli hal quadruple

Namun, apabila ditanya sama ada dia dan rakan rakannya cuba menghalang perkara itu daripada berlaku juga merupakan motivasi untuk United, Maguire berkata bukan itu yang berlaku:

“Saya tidak fikir itu sebahagian daripada motivasi kami [menghentikan misi empat piala Liverpool], sejujurnya,” tegas Maguire yang kelihatan masih berusaha membantu Liverpool sekali lagi.

“Saya fikir motivasi utama kami adalah pergi ke Anfield, bermain menentang Liverpool dan memenangi perlawanan bola sepak dan mendapat tiga mata untuk kelab ini dan penyokong.”

“Penyokong tetap bersama kami sepanjang musim ini,” kata Maguire yang terharu melihat kesetiaan penyokong United walaupun sudah beberapa kali dia menguji kesabaran mereka.

“Mereka hadir dalam jumlah yang ramai ke mana sahaja, mereka telah menakjubkan dalam musim yang sukar.”

“Untuk kami pergi ke Anfield, beraksi dengan baik dan mendapat tiga mata, ia akan menjadi detik yang besar untuk kami berikan kepada penyokong. Jadi saya fikir itulah motivasi besar untuk kami.”

Maguire akan mengetuai bala tentera Setan Merah berdepan dengan Liverpool di Anfield. Dianggap sebagai salah seorang kapten paling berpengaruh ketika ini di hati peminat lawan.

BACA:  Maguire Laung Amaran: "Ini Baru Permulaan, Lepas Ni Akan Lebih Banyak Aksi Daripada Saya Dan Martinez"