Maharaja Soloz Kumpul 100 Ribu Live View Dan Hampir 1 Juta View Selepas Kembali Dari Cuti

Maharaja Soloz telah berjaya mengumpul 100 ribu Live view dan secara keseluruhannya mengumpul hampir 1 juta view apabila kembali berstreaming selepas bercuti untuk majlis perkahwinan.

Kali terakhir Soloz bersiaran adalah pada 12 Julai yang lalu dan bercuti untuk melangsungkan majlis perkahwinan bersama wanita pilihan hati beliau.

Sepanjang tempoh percutian ini, nama Maharaja Soloz menjadi sebutan ramai tanpa sebab yang jelas. Sebenarnya aku malas cari.

Kembalinya Maharaja Soloz yang merupakan Facebook Gaming Creator nombor satu di Malaysia sememangnya dinanti-nantikan oleh warga maya.

Selepas bersiaran langsung di laman rasmi beliau selama 25 minit, Soloz telah berjaya menarik 102 200 tontotan(view) mengikut masa sebenar(Real Time).

Siaran langsung yang tamat selepasa 3 jam 09 minit dan 33 saat itu secara keseluruhannya mengumpul hampir satu juta tontonan atau lebih tepatnya 955,000 tontonan.

Soloz berjaya mengumpul 98 ribu reaksi dan 80 ribu daripanya adalah tanda suka(Like) dengan 141 ribu komen dan 32 ribu perkongsian(share).

Peningkatan yang sangat mendadak jika dibandingkan dengan siaran langsung yang terakhir beliau yang mencatatkan 44 ribu reaksi, 60 ribu komen, 7,200 share dan 622 ribu view.

Durasi siarang langsung pada 12 Julai itu adalah selama 6 jam 1 minit dan 27 saat. Gila!

Soloz merupakan In Game Name(IGN) ketika ini mempunyai nama sebenar seperti kau, aku dan dia. Faris Zakaria merupakan nama sebenar beliau.

Soloz merupakan seorang Gamers dan juga Streamer yang popular di laman Facebook melalui permainan Mobile Legends: Bang Bang!

Fariz Zakaria, 27 tahu menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan pada jumaat yang lalu, pada hari Yoodo Gank mencatatkan Triple Chicken Dinner.

Maryam Rahim merupakan suri hati Soloz telah dinikahkan dalam satu majlis tertutup yang dilangsungkan di Sungai Petani Kedah.

Soloz merupakan seorang gamers profesiona dan pernah menjadi anggota pasukan Airasia Saiyan dan Malaysia di Sukan SEA Manila 2019 dalam acara Sukan Elektronik.

Awal tahun ini Soloz telah menggemparkan Malaysia apabila telah membeli sebuah kereta Otot, Mustang hasil daripada kerjaya E-Sukan yang beliau ceburi.

Soloz membuktikan bermain permainan video bukanlah satu aktiviti membazir masa dan boleh dijadikan kerjaya untuk masa depan jika dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh.

Baca Juga

Baca Juga