‘Mahu Padam Memori Duka’ – Mo Salah Idamkan Real Madrid Di Final UCL

Liverpool berjaya mengesahkan laluan ke perlawanan akhir UEFA Champions League musim 2021/22 dan kini menanti saat siapakah lawan yang bakal dihadapi – untuk menentukan juara Eropah yang baharu musim ini.

The Reds berjaya mengatasi Villarreal di peringkat separuh akhir, dan skuad kendalian Jurgen Klopp itu terpaksa melalui perlawanan separuh akhir timbal balik yang agak dramatik sebelum mengesahkan laluan ke final.

Kebangkitan dramatik

Hadir ke markas Kapal Selam Kuning dengan kelebihan agregat 2-0 hasil kemenangan pertama di Anfield, jurang kelebihan itu bagaimana pun dilenyapkan oleh lawan pada 45 minit pertama di Estadio de la Ceramica.

Dua gol oleh Boulaye Dia dan Francis Coquelin berjaya memberi kelebihan 2-0 kepada Villareal, sekaligus mengikat agregat menjadi 2-2.

Mujurlah Liverpool berjaya bangkit dengan cara luar biasa pada babak kedua – menjaringkan tiga gol untuk kemenangan 3-2.

Kemenangan itu bermakna The Reds layak ke final dengan kelebihan agregat 5-2 ke atas Kapal Selam Kuning.

Lawan di final

Selepas berjaya melepasi halangan Villareal, Liverpool kini sdang menanti lawan yang bakal mereka hadapi di final di antara Real Madrid dan Manchester City.

Daripada dua pasukan itu, bintang utama Liverpool, iaitu pemain yang paling kerap hampir memenangi Ballon d’Or, Mohamed Salah menyatakan keinginannya untuk berhadapan Real Madrid.

“Saya ingin bermain menentang Real Madrid. Saya harus jujur,” katanya

Dari dua nama calon lawan Liverpool tersebut, Mohamed Salah tak sungkan menyatakan keinginan untuk berhadapan dengan wakil dari Spanyol.

“Aku ingin bermain menghadapi Real Madrid. Aku harus jujur,” katanya ketika ditemubual wartawan selepas perlawanan.

Real Madrid akan bertemu Manchester City pada awal pagi nanti. Bagaimana pun Los Blancos yang segar daripada kejayaan menjuarai merangkul kejuaraan La Liga ke-35 sepanjang sejarah kelab itu perlu mengatasi kelebihan satu gol milik City.

Dalam perlawanan pertama sebelum ini, City merekodkan kemenangan 4-3 ke atas Real Madrid.

Memori duka lalu

Kecenderungan Salah memilih Real Madrid sememangnya boleh difahami. Pemain antarabangsa Mesir itu pasti mahu memadam memori luka yang terpahat di sanubari sejak kekalahan kepada lawan yang sama di perlawanan akhir Champions League musim 2017/18.

Dalam perlawanan tersebut, Salah tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan bahu yang dialaminya selepas pertembungan dengan Sergio Ramos.

Insiden tersebut menjadi antara perkara yang paling diingati di dalam bola sepak kerana berlanjutan ke luar padang selama berbulan lamanya – apabila kecederaan melibatkan bintang The Reds.

Kedua-dua pemain kelihatan pada mulanya berebut secara fizikal untuk mendapatkan bola, sebelum kedua-dua pemain terjatuh yang menyebabkan dislokasi bahu kepada Salah.

Terdapat teori yang mengatakan Ramos sengaja menjatuhkan Salah. Namun sukar untuk mengatakan Ramos sengaja mengasari sehingga Salah mengalami kecederaan tersebut.

Kecederaan Mohamed Salah mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia. Rata-rata penyokong Liverpool dan Salah menyalahkan Sergio Ramos kerana kecederaan tersebut.

Ramos pula berkata Salah terlebih dahulu mengundang pergelutan tersebut, yang akhirnya menyebabkan pemain tersebut dibawa keluar sambil menangis.

Kecederaan terhadap Salah mengundang seorang peguam dari Mesor, Bassem Wahba memfailkan saman terhadap Ramos membabitkan tuntutan sebanyak €1 billion.

Ketika bercakap kepada wartawan AS, Ramos dipetik sebagai berkata:

“Mengarut. Mereka seperti sengaja membesar-besarkan perkara terhadap insiden tersebut. Selama ini saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan kerana perkara ini sangat nyata ianya bukan seperti yang mereka dakwa.”

“Saya masih ingat dengan jelas insiden dalam perlawanan tersebut. Salah terlebih dahulu mengepit lengan saya, menyebabkan saya jatuh ke arah sebelah yang lain. Dan kemudian mereka mendakwa saya membuat aksi judo terhadap Salah.”

“Selepas itu mereka (penyokong Liverpool) mendakwa saya sengaja menyiku penjaga gol mereka.”

Sekirnya mampu berhadapan Real Madrid sekali lagi, ia ibarat peluang buat Salah memadam memori luka – walaupun Ramos sudah tidak lagi bersama Real Madrid.

Baca Juga

Baca Juga