Maka Benarlah Faktor Yang Digariskan Media Indonesia Sebelum Perlawanan Bahawa Mereka Akan Menang

Media Indonesia sebelum perlawanan telah menggariskan beberapa faktor yang memberi keyakinan kepada mereka untuk percaya akan mara ke separuh akhir dan menang ketika menentang Malaysia.

Sebenarnya faktor yang diutarakan oleh media Indonesia peminat bola sepak Malaysia sudah tahu sejak pemilihan pemain dan juga hanya 24 pemain sahaja dibawa.

Namun sokongan dan dokongan terus diberikan dan percaya akan ada keajaiban yang mampu dicetuskan. Semua itu tidak menjadi kenyataan tapi semakin parah.

1. Shin Tae-Yong Mahir Dengan Pelbagai Taktikal

Sebelum Perlawanan:

Jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-Yong menjadikan pasukan kebangsaan Indonesia bukan sahaja lebih hebat, tetapi juga mempunyai corak permainan yang jelas.

Evan Dimas dan rakan sekerja kini boleh bermain 90 minit dengan intensiti yang hampir sama. Shin Tae-Yong jelas apa yang beliau mahukan dari perlawanan samada untuk menang atau seri.

Sementara itu, daripada tiga perlawanan yang telah berlangsung dalam Piala AFF, Shin Tae-yong sentiasa menggunakan taktikal dan memainkan komposisi pemain yang berbeza.

Ini menjadikan cara bermain Indonesia sukar dibaca oleh lawan. Perlawanan menentang Vietnam, jelas Shin Tae-yong mahukan keputusan seri dengan permainan parking bas berlapis-lapis.

Kepelbagaian taktik Shin Tae-yong akan menjadi faktor penentu bagi Skuad Garuda. Macam kepelbagaian bio la.

Selepas Perlawanan:

Shin Tae-yong membuktikan bahawa apa yang dipercayai media Indonesia adalah benar apabila jurulatih dari Korea Selatan itu sangat jelas dengan tak taktikal dan corak permainan mereka.

Ketika menentang Vietnam mereka bertahan gila-gila dan dalam perlawanan menentang Malaysia Indonesia berkata mereka akan bermain secara menyerang dan itulah dilakukan mereka dengan kemas sekali.

Shin Tae-yong sangat arif dengan kelebihan dan kekurang pemainnya apabila tidak menurunkan Evan Dimas dan juga Elkan Baggots dikesebelasan utama.

Tan Cheng Hoe nyata tidak jelas dengan apa yang mahu dilakukan.

2. Kekuatan Mental

Sebelum Perlawanan:

Indonesia dan Malaysia mencapai keputusan yang berbeza apabila bertemu Vietnam. Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam, manakala pasukan kebangsaan Indonesia bermain seri tanpa jaringan.

Keputusan seri itu dirasakan bagaikan kemenangan buat pasukan kebangsaan Indonesia. Kerana pada Jun lalu, Indonesia kalah 0-4 kepada Vietnam. Kini, Indonesia berada dalam keadaan mental yang sangat baik.

“Ia boleh dilihat daripada pemain, langkah demi langkah, keadaan bertambah baik, keyakinan meningkat. Saya percaya saya boleh mendapat keputusan yang baik menentang Malaysia,” kata Shin Tae-yong.”

Permainan penuh berdisiplin dan bertahan secara ultra sepanjang 90 minit nyata bukan sahaja memerlukan kekuatan stamina yang padu malah kepaduan kekuatan mental.

Selepas Perlawanan:

Indonesia membuktikan betapa hebatnya kekuatan mental mereka walaupun rata-rata adalah pemain muda dengan permainan penuh bersemangat lagi penuh berdisiplin.

Ketinggalan dengan gol pembukaan dari Kogileswaran, Indonesia tidak koyak dan tenang menyerap tekanan permainan apabila berjaya bangkit mengikat sebelum mendahului.

Jika Syafiq Ahmad tidak terlepas peluang terbaik menggandakan kedudukan mungkin situasinya berubah. Mental pemain Malaysia koyak berkadar terus dengan minit permainan.

Kekuatan mental juga telah mendorong permainan penuh bersemangat Indonesia walaupun sekadar perlukan keputusan seri.

3. Elkan Baggott

Sebelum Perlawanan:

Prestasi pertahanan Indonesia sangat mantap menentang Vietnam. Walaupun tanpa kehadiran Baggott yang telah diarahkan menjalani pengasingan oleh pihak berkuasa Singapura.

Elkan Baggot merupakan ayam tambatan Indonesia di barisan pertahanan. Pemain tersebut beraksi untuk Ipswich Town di Liga Inggeris dan mempunyai kemampuan yang lebih berbanding pemain yang ada di Piala AFF Suzuki.

Walaupun baru berusia 19 tahun, Elkan Baggott berada pada tahap yang berbeza dan terbaik ketika ini dan membuktikan kualitinya yang beraksi di Eropah.

Elkan Baggott boleh meningkatkan tahap permainan untuk pasukan kebangsaan Indonesia dan itu telah terbukti. Seperti Dion Cools di pasukan Malaysia, Baggott akan menjadi aspek penting untuk Indonesia.

Dilahirkan di Bangkok, Baggott telah dibesarkan di England dan layak untuk bermain bersama Sang Garuda menerusi ibunya.

Baru berusia 19 tahun, dia telah mewakili Indonesia bersama pasukan peringkat umur bawah-19 pada tahun lalu ketika menentang Macedonia Utara.

Bersama Ipswich, Baggott telah hanya sempat bermain sekali sahaja bersama skuad utama dalam perlawanan EFL Trophy, sebelum dipinjamkan ke kelab divisyen lima, King’s Lynn.

Selepas Perlawanan:

Elkan Baggott walaupun masuk pada separuh masa kedua namun impaknya sangat besar, bukan sekadar mampu mempertahankan jaringan yang diperoleh, Elkan Baggott turut mencetak nama selaku penjaring.

Kemasukan Elkan Baggott terus membuatkan pemain Malaysia mati kutu dan dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, Elkan Baggott sangat sukan dicabar diudara.

Kelebihan ketinggiannya telah digunakan untuk menjaringkan gol keempat yang terus membunuh perlawanan.

4. Semua Pemain Mampu Jaring Gol

Sebelum Perlawanan:

Kelebihan Indonesia di Piala AFF Suzuki adalah mempunyai barisan pemain yang bukan sahaja boleh beraksi dengan pelbagai corak permainan malahan ramai pemain Indonesia mempunyai penyudah yang bagus dan hampir semua pemain mampu menjaringkan gol.

Prestasi penyerang Indonesia dianggap media Indonesia lebih baik sedikit berbanding Malaysia. Kerana ada pemain lincah bernama Ezra Walian yang menjaringkan kini hanya menjaringkan satu gol. Ezra memang handal, walaupun bukan penjaring utama gol Indonesia.

Pada Piala AFF 2020, Indonesia telah menjaringkan sembilan gol dan gol itu telah dijaringkan tujuh pemain berbeza. Indonesia boleh menjaringkan gol dari sesiapa sahaja dan dari apa jua keadaan.

Sepakan sudut Indonesia sangat berbahaya dengan Evan Dimas dan Pratama Arhan sebagai pelaksana. Pasukan kebangsaan Indonesia juga boleh menjaringkan gol daripada permainan terbuka, sama ada melalui serangan balas, hantaran silang, atau kemahiran individu.

Selepas Perlawanan:

Sememangnya benar perkara ini dan Malaysia menjadi mangsa apabila Irfan Jaya menjaringkan dua gol, Pratama Arhan (left-back) sebiji dan Elkan Baggott (center-back) satu.

5. Prestasi Malaysia Meragukan

Sebelum Perlawanan:

Pasukan kebangsaan Malaysia berada dalam keadaan yang belum ideal. Dion Cools dan Akhyar Rashid sudah boleh bermain, namun masih ada pemain yang tidak hadir dalam perlawanan menentang Indonesia.

Gandingan utama pertahanan tengah, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad pastinya tidak dapat beraksi. Dominic Tan mungkin dipaksa menjadi bek tengah sekali lagi.

Tambahan pula, prestasi barisan hadapan pasukan kebangsaan Malaysia tidak begitu memberangsangkan. Dua penyerang utama, Guilherme de Paula dan Luqman Hakim Shamsudin masih jauh dari memuaskan.

Kedua-duanya masih belum menjaringkan gol setakat ini.

Selepas Perlawanan:

Sangatlah benar prestasi Malaysia sangat meragukan, tiada De Paula atau Luqman di kesebelasan utama dan Syafiq Ahmad menjadi pengganti. Faisal Halim beraksi dan tidak jelas posisi sebenar.

Dion Cools menepati jangkaan mampu memberi kestabilan di bahagian pertahanan namun telah diletakkan lebih menyerang pada separuh masa kedua memakan diri.

Gandingan Dominic Tan dan Junior Eldstal yang tidak cergas kembali huru-hara. Pertukaran pemain juga menjadikan permainan Malaysia menjadi lebih teruk.

Keraguan paling jelas adalah kesan membawa 24 pemain yang meragut tahap kecergasan pasukan yang dilanda kecederaan dan wabak. Syahmi Safari yang menjadi lubuk kerana bermain bukan diposisi asalnya terus diberikan peluang.

De Paula yang terbukti tiada fungsi dan tidak memberi sumbangan terus diberikan kepercayaan. Keraguan ini berpunca dari pemilihan pemain lagi sebenarnya.

Baca Juga

Baca Juga