Maka Benarlah Kata-Kata Neville ‘Sepanyol Tidak Boleh Pergi Jauh, Serangan Mereka Lemah’

neville sepanyol

Maka benarlah kata-kata Gary Neville yang membuat jangkaan bahawa Sepanyol tidak mampu untuk pergi jauh di Piala Dunia 2022 kerana bahagian serangan Sepanyol terlalu lemah dan tidak bergigi.

Kenyataan yang agak berani dari Gary Neville ini hadir sebelum Piala Dunia berlangsung dan pada perlawanan pembukaan kumpulan, Sepanyol telah membuktikan sebaliknya.

Gary Neville membuat ramalan mengenai pasukan Sepanyol ketika bercakap untuk ITV dan berkata:

“Mereka terlalu sedikit dalam peralihan. Masih bergelut untuk menghasilkan penyerang. … Saya bimbang tentang mereka di bahagian serangan. Tidak mengapa, tetapi tiada gol di dalamnya.”

“Dan jika kita ingat kembali pada tahun 2010 pasukan luar biasa yang memenangi Piala Dunia mereka mempunyai watak luar biasa di belakang seperti [Sergio] Ramos, [Gerard] Pique, di bahagian tengah Xabi Alonso, [Sergio] Busquets, [Andres] Iniesta, Xavi , dan kemudian mereka mempunyai David Villa dan Pedro.

“Jadi mereka agak ‘ringan’ pada 2010 tetapi mereka mempunyai beberapa pemain muda yang hebat seperti Pedri dan Gavi, pemain yang hebat tetapi saya bimbang tentang mereka di hadapan (serangan).”

Costa Rica diratah dan dibelasah begitu saja dengan jaringan tujuh tanpa mampu dibalas. Kenyataan Gary Neville mula dikorek semula oleh penyokong Sepanyol.

Berkicap teruk dan lunyai Gary Neville dikecam dan diejek pada ketika itu dan ada menganjing Gary Neville merah padam mukanya kerana terpaksa menelan kata-katanya itu.

Walaupun teruk dikecam, Neville masih lagi berpegang kepada ramalan awalnya dan menyatakan dia tidak yakin dengan serangan Sepanyol walaupun tujuh gol terhasil kerana Costa Rica langsung tidak melawan.

“Saya tidak boleh hanya mengukur kemampuan mereka sama sekali,” kata Neville selepas Sepanyol membelasah Costa Rica 7-0.

“Saya tahu mereka akan menentang Jerman pada hari Ahad jadi kami tidak sabar untuk melihat mereka dalam perlawanan itu tetapi Costa Rica adalah pasukan pertama dalam tempoh 32 tahun yang tidak mempunyai percubaan ke gawang dalam perlawanan Piala Dunia.

“Tiada sasaran, tidak mempunyai rembatan ke gol sepanjan tempoh permainan, ia tidak boleh berlaku.”

Bagi Neville, kemenangan Sepanyol ke atas Costa Rica yang langsung tidak melawan tidak boleh menjadi penanda aras dan perlawanan berbaki adalah ujian sebenar.

“Pemain-pemain itu [Costa Rica] telah bermain di beberapa Piala Dunia, menyingkirkan England daripada Peringkat Kumpulan pada 2014 lima daripada pemain itu, mereka hebat dan mempunyai tenaga yang hebat. Tiada apa-apa di luar sana hari ini.”

“Kami tahu Sepanyol mengekalkan bola, mereka memiliki penguasaan terbanyak dalam Kejohanan Eropah yang lalu, kami tahu bahawa mereka melakukan dalam setiap perlawanan.”

“Tetapi itu seteruk yang berlaku dari Costa Rica, pasukan yang mempunyai banyak pengalaman dan kualiti dalam tempoh lapan hingga sepuluh tahun yang lalu.”

Kebenaran kata-kata Gary Neville itu semakin terbukti kebenarannya dan kemenangan besar ke atas Costa Rica tidak boleh menjadi kayu ukur.

Sepanyol seri tanpa jaringan menentang Jerman dan tewas 2-1 kepada Jepun yang sepatutnya menjadi lawan mudah namun kecundang kerana serangan tidak bergigi seperti dikatakan oleh Neville.

Pasukan Luis Enrique bernasib baik untuk layak ke pusingan 16 atas tiket perbezaan jaringan lantaran kemenangan besar ke atas Costa Rica.

Kebenaran dan ketawa akhir menjadi milik Gary Neville yang teguh dan percaya dengan penilaiannya sendiri bahawa serangan Sepanyol tiga bergigi dan apatah lagi bertaring.

Mereka gagal menjaringkan gol ketika menentang Maghribi dengan deretan peluang yang gagal disudahkan dan kalah dipenentuan sepakan penalti tanpa satu pun berjaya dijaringkan.

Pemain Sepanyol hanya mampu meratap dan menyalahkan nasib dan Maghribi kerana main bertahan dan Gary Neville pula berjaya membuktikan kata-katanya yang membuatkan mereka yang mengecamnya lari tidak cukup tanah.

BACA:  Casillas Anggap Oblak & Ter Stegen Sebagai Penjaga Gol Terbaik Dunia