Makanan Kegemaran Ronaldo Kini Ada Dalam Menu Manchester United

Cristiano Ronaldo berjaya memujuk tukang masak Manchester United agar menambah makanan kegemaran beliau ke dalam menu di kantin kelab.

Menurut laporan dari media UK, pemain berusia 36 tahun itu telah meminta hidangan seperti octopus dan stew Portuguese ‘Balcahu’ untuk dimasukkan ke dalam menu makanan kelab.

Menu makanan sihat Cristiano Ronaldo itu kini sudah boleh dinikmati oleh semua rakan sepasukannya yang lain kerana ia sudah berada dalam menu mereka.

“Cristiano sangat mementingkan tentang protein.”

Jelas salah satu sumber dalaman United.

“Hidangan seperti potongan ham, telur dan avocado dan tukang masak akan berusaha sehabis baik untuk membantu dia menikmati hidangan seolah hidangan di rumahnya.”

Walau bagaimanapun, sumber tersebut turut mendakwa yang hidangan pilihan Ronaldo itu telah menimbulkan perdebatan di dalam bilik persalinan.

Ada pemain yang menerima hidangan tersebut kerana mahu mengamalkan gaya hidup sihat seperti Ronaldo dan ada juga yang tidak suka dengan menu pilihan beliau itu.

“Beliau juga suka makan octopus, namun kebanyakkan pemain lain tidak suka dengan hidangan itu.”

“Mereka tidak suka walaupun menurut Ronny hidangan itu menyihatkan.”

“Ronny mungkin cuba untuk mengubah cita rasa pemain lain mengikut menu makanan Portuguese, tapi segelintir berharap agar mereka dihidangkan dengan ‘Peri-Peri Chicken’ dari Nandos.”

Penandatanganan terbaru United itu sememangnya amat peka dan mementingkan tentang diet pemakanan beliau.

Beliau langsung tidak meminum alcohol dan tidak mahu menyentuh makanan atau minuman tidak sihat selain Ronaldo turut mengamalkan makan enam kali sehari.

Penjaga gol Manchester United, Lee Grant baru-baru ini turut mendedahkan yang kesemua pemain dalam skuad ketika ini sedang mengikuti jejak langkah Ronaldo dalam menjaga tahap kesihatan dan kecergasan mereka.

Para pemain dikatakan menolak untuk menikmati makanan tidak sihat yang dihidangkan kepada mereka, sebelum aksi bertemu Newcastle United di Old Trafford sebelum ini.

“Ia merupakan malam jumaat dan kami semua berkumpul di hotel.”

Jelas Lee Grant kepada Darren Bent dan Darren Ambrose di studio talkSPORT.

“Jadi, seperti kamu semua sedia maklum, kamu habiskan makan malam dan kebiasaannya pada malam Jumaat, kamu akan menikmati sedikit makanan luar diet (makanan tidak sihat)”

“Mereka kebiasaannya akan makan apple crumble atau mereka akan nikmati brownie dan krim atau apa saja yang mereka tak boleh makan pada waktu lain.”

“Saya beritahu kamu sekarang, tidak ada seorang pemain pun yang menyentuh apple crumble dan kastard, tidak ada pemain yang menyentuh brownie dan salah seorang pemain datang kepada saya dan kata, ‘Apa yang ada dalam pinggan Cristiano?”

“Jadi kami memang agak terkejut melihat apa yang dia nikmati dan jelas sekali ia makanan yang sangat sihat, saya rasa itu pinggan paling sihat yang pernah kamu bayangkan.”

“Dan ia membuatkan saya berasa kagum melihat tidak ada seorang pemain pun yang berani bangun dan makan makanan ringan yang sudah sedia dihidangkan.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 4-0 Manchester United (Agg. 9-0)