Makna Disebalik Keraian Gol Rashford

Sejak pulang dari tugasan bersama pasukan kebangsaan England di Piala Dunia 2022, Marcus Rashford seperti telah menjadi individu lain apabila berterusan menjaringkan gol dengan keraian yang baru dan apakah makna disebalik keraian gol Rashford itu.

Sebanyak 10 gol telah dijaringkan oleh Marcus Rashford dalam 10 perlawanan sejak itu dengan dua assist dan merekodkan jaringan dalam tujuh perlawanan berturut-turut sebelum berjaya di sekat Crystal Palace.

Sebelum Piala Dunia 2022, Rashford hanya menjaringkan 8 gol dan 4 assist dalam 19 perlawanan di semua kejohanan dan nampak bergelut untuk melepasi pemain lawan tapi tidak kini mengalahkan lipas kudung.

Musim lalu, Marcus Rashford seperti tiada masa depan apabila menjaringkan 5 gol dan 2 assist dalam 32 penampilannya dan jika Piala Dunia berlangsung pada musim panas pastinya tidak akan disenaraikan Gareth Southgate.

Di Piala Dunia 2022 Rashford telah menjaringkan 3 gol untuk England dalam 5 perlawanan dan berjaya mara ke suku akhir sebelum ditundukkan Perancis dan prestasi itu terus dibawa ke kelab.

Apa yang terjadi dengan Rashford tiada siapa yang tahu dan pastinya seperti rakan sepasukannya yang lain, Erik Ten Hag berjaya memulihkan ingatan mereka bagaimana untuk kembali bermain bola sepak.

Selepas liga kembali bersambung hujung tahun lalu, setiap kali Marcus Rashford menjaringkan gol dia selalu meletakkan jari telunjuk di kepalanya sambil mengadap kamera.

Dan apakah makna disebalik keraian itu yang kini sudah menjadi ikutan pemain bola sepak yang lain di seluruh dunia.

Menurut penaakulan dari Sky Sports berdasarkan temuramah yang dilakukan pada 31 Oktober selepas menjaringkan gol tunggal kemenangan menentang West Ham United Rashford telah berkata:

“Saya kadang kala bergelut dengan lebih banyak perkara membabitkan mental. Ia sebenarnya bukan persembahan saya sendiri tetapi perkara lain di luar padang. Itulah perbezaan terbesar dari musim lalu.”

“Terlalu kerap musim lalu saya tidak berada di ruang kepala yang betul dalam perlawanan. Saya tidak terkejut dengan beberapa perkara yang berlaku.”

Ternyata kesihatan mental Marcus Rashford musim lalu telah menjejaskan prestasinya dan Sky Sports berpandangan keraian terbarunya ini adalah merujuk kepada masa gelapnya yang kini sudah menjadi kisah lalu.

Itulah makna disebalik keraian Marcus Rashford itu yang terpaling boleh diterima selagi tuan badan sendiri tidak menceritakan makna sebenar dan keraian itu menjadi ikutan.

Pemain sayap genit comel Arsenal, Bukayo Saka juga telah melakukan meraikan gol dengan gaya yang sama ketika menjaringkan gol menentang Manchester United.

Joelinton juga mengikut trend ketika menewaskan Southampton 1-0 di perlawanan separuh akhir pertama Carabao Cup musim 2022/23. Sebelum itu, Armando Dobra dari Chesterfield meniru gerakan Rashford ketika seri 3-3 dengan West Brom pada pusingan ketiga Piala FA.

Joshua Kimmich meraikannya dengan cara yang sama selepas jaringan menakjubkannya pada minit ke-90 menyelamatkan keputusan seri untuk Bayern Munich menentang Cologne dalam Bundesliga pada hari Selasa.

Seorang peminat Perancis menyatakan bukan Rashford orang pertama yang melakukan keraian itu tetapi Aurelien Tchouameni ketika menjaringkan gol menentang England di Piala Dunia 2022.

Walaupun tidak jelas siapa yang memulakan semua ini dan apakah makna sebenarnya namun harus diakui bahawa Rashfordlah insan yang membuatkan gaya keraian ini menjadi ikutan.

10 gol dalam 10 perlawanan terakhir 10 keraian yang sama maka wajah Rashford akan melekat dalam kepala ramai bukannya orang lain dan mengikut buku sejarah, pemain legenda Lord Nicklas Bendtner sudah lama melakukannya begitu juga dengan Ruben Neves.

Jika di luar bola sepak, Bidin WaknatTV pernah melakukan art berat ini seperti KGMR (Keraian Gol Marcus Rashford).

BACA:  Marcus Rashford Hantar Manchester United Ke Top 4