‘Malacia Lebih Bagus Daripada Robertson’ – Peminat Manchester United

Tyrell Malacia sudah semakin hampir diumumkan sebagai bek kiri baru pasukan Setan Merah.

Para peminat Manchester United benar benar gembira kerana mereka kini memiliki seorang lagi bek kiri yang lebih bagus daripada Robertson.

Sebelum ini Luke Shaw dan Alex Telles sudah dianggap lebih bagus daripada Robertson.

Shaw sendiri mendapat gelaran Shawberto Carlos di bibir peminat Man United. Tidak cukup dengan itu, mereka menandatangani Alex Telles untuk menjadikan pasukan mereka ada 2 bek kiri lebih bagus dari Robertson. Dan sekarang, mereka ada 3 pemain lebih bagus dari Robertson iaitu Tyrell Malacia.

Menurut laporan pakar perpindahan eropah, Fabrizio Romano, Manchester United berjaya menghijack Malacia daripada menyertai Lyon.

United membayar 15 juta euro tetap dan 2 juta euro lagi pada masa akan datang sebagai bonus.

Pemain muda berusia 22 tahun ini sebelum ini bermain untuk Feyenoord. Dan dia sepanjang bulan lalu lalu lagi dikatakan sudah mencapai kesepakatan dengan Lyon.

Namun apabila kelab segah Manchester United yang memiliki sejarah 20 EPL dan 3 UCL datang, pemain itu tanpa berfikir panjang menerimanya.

Di media sosial peminat peminat United kegirangan melihat bek kiri yang lebih bagus daripada Andy Robertson itu.

Tei Drake berkata: “Malacia lebih bagus daripada Robertson.”

Kobina menjelaskan: “Tyrell Malacia adalah pemain bek kiri lebih bagus daripada Andy Robertson dalam buku saya.”

Rhys Jones: “Saya tak kenal sapa dia si Malacia ni, tapi saya rasa dia lebih bagus daripada Andy Robertson.”

Perbincangan itu terus meleret leret.

Insightful Newleg berkata: “Kalau Malacia bermain, kita perluakan bek tengah baru yang laju untuk cover bersama sama Varane. Dia main jauh ke atas sama macam Trent/Robertson, jadi dia tidak akan banyak cover bahagian pertahanan. Dia pemain padu kalau naik, jujur cakap.”

Mungki ramai yang tidak percaya. Tetapi penyokong Manchester United sudah sedia dengan video khas kompilasi aksi Malacia yang memukau.

Malacia barulah signing pertama United. Di mana beberapa nama lagi akan menyusul. Dijangka Frenkie De Jong dan Antony pun akan tiba di Old Trafford.

Satu lagi perkhabaran baharu menyatakan bahawa Manchester United mahu memintas Arsenal daripada mendapatkan Lisandro Martinez. Sebelum ini Arsenal yang cuba menyailang United.

Namun sekarang ini keadaannya berbeza. Di mana Manchester United dalam kedudukan lebih bagus untuk mendapatkan Martinez.

Baca Juga

Baca Juga