Malang Buat Malang Sarr Jaring Gol Sendiri Paling Malang Dalam Sejarah Bola Sepak

malang sarr

Malang buat Malang Mamadou William Georges Sarr atau namanya pendek Malang Sarr apabila telah menjaringkan gol sendiri paling malang dalam sejarah bola sepak.

Malang Sarr mempunyai satu malam untuk dilupakan pada hari Khamis apabila dia menjaringkan gol sendiri yang luar biasa dalam perlawanan Liga Europa ketika Monaco menentang Trabzonspor.

Pemain pinjaman Chelsea itu sedang berjoging ke arah gawang sendiri bagi membuka kembali permainan selepas hantaran ke belakang dilakukan kepada penjaga gol.

Tanpa berlengah penjaga gol Monaco melakukan hantaran ke arah Malang Sarr bagi memulakn dari bawah menyebabkan dia yang sedang berlari tidak berdaya apabila bola datang menerpa.

Tiada apa yang mampu dilakukan Malang Sarr nak mengelak tak sempat lalu bola terkena badannya dan masuk ke gawang yang terbuka tanpa pengawal.

Gol sendiri datang di separuh masa pertama dan gol itu telah memberikan lawan dari Turki itu mendahului 2-0, tetapi keadaan menjadi lebih buruk untuk Monaco selepas rehat apabila mereka akhirnya tewas 4-0.

Keputusan itu akan menjadi sesuatu yang mengejutkan bagi kelab yang memenangi Ligue 1 pada 2017 dan menyebabkan mereka dalam bahaya dan berkemungkinan besar untuk tidak layak ke peringkat kalah mati.

Prestasi liga mereka agak mengagumkan kerana Monaco menduduki tempat kelima selepas 10 perlawanan dengan hanya dua kekalahan setakat ini.

Malang Sarr berharap kesilapan malangnya tidak menarik perhatian bos baharu Chelsea, Graham Potter dan jika aksi ini diambil kira maka sukar untuk Sarr kembali mendapat tempat bersama Chelsea.

Bek tengah berusia 23 tahun itu menyertai Chelsea pada 2020, tetapi hanya membuat lapan penampilan liga untuk kelab itu dan menghabiskan sebahagian besar masanya secara pinjaman dengan Porto dan kini Monaco.

Dia tidak mungkin mendapat tempat bersama The Blues ekoran ketibaan Kalidou Koulibaly dan Wesley Fofana, tetapi prestasinya yang menjadi tajuk utama pada hari Khamis tidak akan memberi manfaat kepadanya.

Malang Sarr segera meletakkan tangannya pada lututnya dan memandang ke tanah, ketika penyokong Trabzonspor meraikan salah satu gol paling aneh yang mungkin mereka lihat.

Jika dikirakan sebagai gol pelik atau malang, perbuatan Fred memijak kaki David De Gea yang membolehkan Arsenal menjaringkan gol dan De Gea meraung rebah ke tanah menyangka itu perbuatan lawan.

Tapi Malang Sarr menjaringkan gol sendiri kategori lain dari Fred dan De Gea yang boleh dianggap bodo.

Malang dalam bahasa Melayunya mengikut kamus dewan edisi keempat bermaksud tidak bernasib baik dan secara terperincinya inilah definisi malang:

1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang;

2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini;

3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan

1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung;

2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Baca Juga

Baca Juga