Malang Pulau Pinang Bertimpa-timpa

Nasib pasukan bola sepak Pulau Pinang bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Setakat tiga perlawanan, mereka masih gagal mengutip sebarang mata malah lebih teruk lagi mereka gagal menjaringkan sebarang gol.

Terkini, jurulatih mereka Ashley Westwood bakal digantung empat perlawanan kerana kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil ketika perlawanan menentang Perak pada 27 Januari yang lalu di Stadium Negeri Pulau Pinang, menerusi satu kenyataan rasmi oleh FAM.

Westwood yang juga bekas pemain remaja Manchester United itu bakal terlepas perlawanan berikut :

a)      Perlawanan Liga Super 2017 di antara T-Team FC lawan Pulau Pinang pada 4 Februari 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu (penggantungan perlawanan secara automatik);

 b)        Perlawanan Liga Super 2017 di antara Pulau Pinang lawan Sarawak pada 11 Februari 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan;

 c)         Perlawanan Liga Super 2017 di antara Pahang lawan Pulau Pinang pada 18 Februari 2017 di Stadium Darul Makmur, Kuantan; dan

 d)         Perlawanan Liga Super 2017 di antara Kedah lawan Pulau Pinang pada 25 Februari 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Selain itu, Westwood turut didenda RM2000 dan diberi amaran keras supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

You hear me, mate?

Baca Juga

Baca Juga