Malaysia berkemungkinan akan bermain di Gaza

Malaysia berkemungkinan akan bermain di Gaza, jika permohonan untuk menukar venue untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 tidak dilayan FIFA.

Malaysia terpaksa terima hakikat jika keputusan penundaan perlawanan membabitkan Palestin dan Arab Saudi dikekalkan di Stadium Palestin, bandar Gaza.

Sudah pasti keputusan membabitkan pertemuan di antara Palestin dan Arab Saudi membawa kepada gambaran jelas, di mana venue seterusnya yang akan dikunjungi skuad negara pada November depan.

Apa yang pasti keputusan akhir bergantung kepada penyelesaian yang akan diambil oleh FIFA dalam perlawanan tertunda membabitkan Palestin dan Arab Saudi.

Malaysia dibelasah Palestin di laman sendiri
Malaysia dibelasah Palestin di laman sendiri

“Jika keputusan memihak kepada Palestin, secara automatik semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Palentin.

Timbalan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John menjelaskan bahawa penundaan di antara kedua pasukan ini tempoh hari, mereka turut berhadapan dengan isu baru di mana tidak boleh memilih mana-mana tarikh yang berada dalam kalendar FIFA.

Bila perkara sebegini berlaku, secara automatiknya kedua-dua pasukan ini hanya boleh menggunakan pemain yang beraksi dalam liga tempatan sahaja, manakala pemain lain yang beraksi luar dari liga mereka bergantung kepada budi bicara majikan masing-masing.

“Jika FIFA membuat keputusan yang sebaliknya, ia akan melibatkan perlawanan menentang Malaysia.

Note : Harap pemain Malaysia akan belajar sesuatu dari perlawanan di Palestin dan buang sifat manja mereka. Para penyokong sudah meluat dengan aksi lembik dan tidak bermaya.

Baca Juga

Baca Juga