Malaysia Juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan

Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Edisi ke-2 selepas menewaskan Awesome Club dari China di perlawanan akhir. Skuad bimbingan penolong jurulatih Saiful Mohd Noor itu mara ke final selepas mengatasi BSC Akashiareia dari Jepun pada separuh akhir

Zaharim Yusof menjaringkan dua gol manakal Fakhruddin Mohamad, Fakhrullah Mohamad, Riduwan Nor dan Ridhwan Zainal masing-masing menjaringkan satu gol pada aksi final di Songdo, Busan, Korea Selatan.

Pemain Malaysia, Ridhwan telah dipilih sebagai pemain paling bernilai (MVP) dan Fakhrullah Mohamad pula muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Senarai Pemain Bola Sepak Pantai Malaysia

Foto : FAM

Baca Juga

Baca Juga