Malaysia Kalah Bukan Kerana Ultras : Aku Tak Suka Dan Hilang Respect Pada Ultras

Tadi masa tengah kemas-kemas meja datang kawan sepejabat tanya aku soalan yang aku tak boleh jawab.

“Shah kenapa Ultras tak datang/boikot game semalam?”

“Diorang tak puas hati…”

Aku potong dengan pantas, “Bro, sorry aku tak tahu. Sebenarnya aku bukan ultras dan aku tak suka Ultras”.

Perbualan kami pun terhenti disitu.

Sebelum Ni Aku Okay Dengan Ultras

Ya, aku tak suka ultras. Sebelum ni aku okay je. Fun bila diorang ada. Aku pernah juga mengikuti mereka sekali dua sebelum mengenali rakan-rakan yang ada sekarang.

Duduk chant hujung-hujung, bila penat melompat aku blah ke tempat duduk biasa. Tapi aku tak teruskan kerana tak kena dengan jiwa.

Iris yang baru berusia dua tahun masa ikut aku ke stadium juga suka bila dengar Ultrasel masuk ke stadium Shah Alam nyanyi lagu Kami Turun Ke Stadium Sehati Sejiwa…

Iris boleh sing a long chant ni. Sesekali bakar flare, bakar mercun aku terima lagi, lagi pun diorang bakar depan muka diorang masa tu. Kalau nak terbakar pun diorang sendiri. Aku okay.

Kekhilafan kecil dalam sokongan bola sepak yang masih aku boleh terima. Dengan harapan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa.

Hilang Respect!

Tapi selepas 9 September 2015, aku hilang respek pada mereka. Walaupun aku tidak ke stadium masa tu kerana bertugas di luar kawasan tetapi aku menyaksikan perlawanan secara langsung di kaca tv.

Di saat pemain negara sedang bermain bermati-matian dan ketinggalan 2-1 untuk menyamakan kedudukan, tiba-tiba dari sekumpulan manusia yang mendukung penuh perasaan cintakan bola sepak dan menyokong pasukan negara bertukar menjadi manusia yang kurang siuman.

Huru hara dibuatnya stadium dengan membakar mercun serta flare sehingga ke atas padang. Bersimpang siur mercun roket. Membahayakan penyokong lain serta pemain Malaysia serta pasukan lawan.

Mercun Roket Dilancarkan. Foto : Utusan

Bayangkan kalau terkena sesiapa dan berlaku kemalangan jiwa malam tu. Siapa nak dipersalahkan?

Perlawanan dihentikan di minit ke 88 atas faktor keselamatan. Sebenarnya macam-macam boleh jadi dalam tempoh dua minit baki perlawanan. Aku optimis masa tu. Yakin Malaysia dapat menyamakan kedudukan.

Tapi apabila permainan dihentikan atas alasan keselamatan, hancur luluh hati aku. Sekuatnya aku bermonolog menjerit memaki Ultras Malaya.

Pendukung falsafah bola sepak jadah apa bila buat perkara yang memudaratkan orang sekeliling?

Matlamat tidak menghalalkan cara. Tak betul.

Alasan yang diberikan mereka adalah kerana kepimpinan FAM yang gagal dalam tempoh 30 tahun berkuasa. Selain itu ia juga berpunca daripada kekalahan terdahulu dengan jaringan 10-0. Alasan yang aku tak terima pakai sama sekali di era moden.

Macamlah masa kalah 10-0 tu Presiden FAM yang main bola. Lupa agaknya prestasi Safiq Rahim pada malam tu yang hilang entah ke mana mencari bola tak jumpa.

Mulai hari tu, pada aku Ultras bukan sesiapa. Sekadar penyokong yang bernyanyi dan mengetuk drum di stadium.

Malaysia Kalah Bukan Sebab Ultras

Semalam, mereka tiada, sama je. Sebelum ni pun mereka tiada juga tiada apa yang berubah. Semalam penyokong yang datang bersorak juga. Pasukan tetap kalah disaat semua rakyat Malaysia meletakkan harapan menggunung untuk memenangi emas.

Kalah bukan sebab ultras tak menyanyi. Kalah sebab pemain kita yang silap dalam bermain bola sepak. Face it. Itu realitinya. Ini juga bukan masanya untuk mereka belajar tetapi menerima realiti yang mereka belum cukup bagus.

Beberapa hari lagi genap dua tahun ulang tahun Ultras buat hal di arena antarabangsa. Kononnya melawan sistem pengurusan.

Kemenangan apa yang telah mereka capai?

Apa yang berubah?

By the way ada je kawan aku yang join ultras. Malahan dalam facebook aku juga mengikuti perkembangan Rambo dalam dunia bola sepak. Aku hormat idealogi dia, dia pun cool je tak pernah komen apa-apa dekat wall aku.

Yang aku anti aliran itu. Berbeza idea pandangan bukan bermakna kita musuh. Ini pandangan aku. Kau lain. Itu hak kau. Sebab tu tuhan jadikan kita berbeza-beza.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Shah Rafi untuk diterbitkan di The Sukan.

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Baca Juga

Baca Juga