Keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan antara Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok telah mengesahkan kemaraan pasukan Malaysia ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari tahun hadapan.
Skuad bawah 22 tahun kebangsaan layak secara automatik selaku juara kumpulan H dengan mengumpul enam mata, menang 2 kali dan tewas sekali selepas mengharungi 3 perlawanan.
Thailand di tangga kedua dengan 5 mata, Indonesia di tangga ketiga dengan 4 mata dan Mongolia di tangga tercorot dengan 1 mata.
TAHNIAH! Ong Kim Swee dan anak buah!
Perlawanan Ke-3 : Malaysia 2 – 0 Mongolia
Perlawanan Ke-2 : Thailand 1 – 0 Malaysia
Perlawanan Ke-1 : Indonesia 0 – 3 Malaysia