Mampukah Ronaldo Menjadi Penjaring Sepanjang Zaman Eropah ?

Pemain handalan dan sensasi dunia, Cristiano Ronaldo hanya memerlukan 3 gol lagi untuk menyamai rekod Ferenc Puskas sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Eropah di peringkat antarabangsa iaitu bersama pasukan negaranya Portugal.

Ferenc Puskas yang merupakan pemain bola sepak Lagenda Hungary telah merekodkan 84 gol dalam 89 penampilan bersama Hungary dan Sepanyol. Ketika menentang Mesir Ronaldo telah menjaringkan dua gol dan hanya 3 gol lagi untuk menyamai rekod Puskas.

Mampukah?

Diperingkat dunia pula Ronaldo berada di tangga ketiga dan telah berjaya memotong pemain Jepun Kunishige Kamamoto yang menjaringkan 80 gol. Hanya Puskas dan Lagenda Iran, Ali Daei berada di atas Ronaldo ketika ini.

Ronaldo dilihat mampu memecahkan rekod Puskas dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Eropah di peringkat antarbangsa, namun mustahil untuk memecahkan rekod Ali Daei di peringkat dunia yang mencatatkan 109 jaringan untuk Iran.

Bagaimanakah Ronaldo menjaringkan  gol antarabangsanya?

1. Home – Ronaldo telah menjaringkan 39 gol di tempat sendiri

2. Away – Di tempat lawan pula Ronaldo mencatatkan 30 gol

3. Kejohanan Dunia – Ronaldo telah mencatatkan 12 gol di kejohanan dunia seperti EURO dan Piala Dunia serta AFC Cup.

4. Ronaldo telah menjaringkan gol dalam 56 perlawanan bersama Portugal dan Portugal menang 47 daripada 56 perlawanan tersebut, seri 4 kali dan kalah 5 kali.

5. Ronaldo telah mencatatkan 4 gol sekali, hatrik sebanyak 4 kali, 2 gol sebanyak 14 kali dan selebihnya satu gol sebanyak 37 kali.

6. Ronaldo telah menjaringkan gol menentang 34 lawan berbeza, namun hingga kini gagal untuk menjaringkan gol menentang Perancis, Sepanyol, Jerman dan England.

Senarai Penjaring Sepanjang Zaman Eropah di Peringkat Antarabangsa

1. Ferenc Puskás (Hungary & Spain) – 84 gol, 89 penampilan.
2. Cristiano Ronaldo (Portugal) – 81 gol, 148 penampilan.
3. Sándor Kocsis (Hungary) – 75 gol, 68 penampilan.
4. Miroslav Klose (Germany) – 71 gol, 137 penampilan.
5. Gerd Müller (West Germany) – 68 gol, 62 penampilan.
6. Robbie Keane (Republic of Ireland) – 68 gol, 146 penampilan.
7. Zlatan Ibrahimović (Sweden) – 62 gol, 116 penampilan.
8. Imre Schlosser (Hungary) – 59 gol, 68 penampilan.
8. David Villa (Spain) – 59 gol, 98 penampilan.
9. Jan Koller (Czech Republic) – 55 gol, 91 penampilan.
9. Joachim Streich (East Germany) – 55 gol, 102 penampilan.
10. Wayne Rooney (England) – 53 gol, 119 penampilan.
11. Poul Nielsen (Denmark) – 52 gol, 38 penampilan.
12. Edin Džeko (Bosnia and Herzegovina) – 52 gol, 89 penampilan.
12. Jon Dahl Tomasson (Denmark) – 52 gol, 112 penampilan.
13. Thierry Henry (France) – 51 gol, 123 penampilan.
13. Robert Lewandowski (Poland) – 51 gol, 91 penampilan.
13. Hakan Sükür (Turkey) – 51 gol, 112 penampilan.
13. Lajos Tichy (Hungary) – 51 gol, 72 penampilan.
14. Robin van Persie (Netherlands) – 50 gol, 102 penampilan.

Statistik Jaringan Antarabangsa Ronaldo

Berikut merupakan statistik jaringan antarabangsa dan cap Ronaldo mengikut tahun, pertandingan dan lawan yang menjadi mangsa.

Sumber : Wikipedia

Senarai Lengkap 81 Gol

Senarai lengkap gol dijaringkan Ronaldo mengikut tarikh, tempat, lawan dan keputusan perlawanan. Ronaldo menjaringkan gol pertama bersama Portugal pada 12 Jun 2004 ketika menentang Greece.

Sumber : Wikipedia

Baca Juga

Baca Juga