Hari yang tidak begitu elok untuk peminat Manchester City yang sedang meratapi kekalahan mereka di sekolah pada hari ini.
Ini kerana kelab itu kini disiasat kerana melakukan penipuan memalukan dengan melanggar FFP secara berterusan tanpa rasa bersalah.
City kini berdepan dengan pertuduhan kesalahan FFP yang dikatakan sekitar 100 kesalahan. Dilakukan sejak 2009 lagi.
Wartawan The Times, Martyn Ziegler dengan beraninya mendedahkan perkara itu kepada umum menerusi laporan khas.
Terdapat banyak kesalahan yang dibuat oleh Man City terutama sekali melibatkan perpindahan pemain dan juga laporan kewangan yang tidak tepat.
Siasatan kali ini akan dilakukan sendiri oleh Premier League ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.
Jika didapati bersalah mereka berdepan hukuman berat berdasarkan darjah kesalahan yang mereka lakukan.
Ini termasuk larangan daripada beraksi di UCL, larangan terlibat dalam pendaftaran pemain baharu sehinggalah kepada pemotongan mata dalam liga seperti mana yang dihadapi Juventus musim ini.
Dan paling teruk diarahkan bermain di liga bawahan dengan menyingkirkan City daripada Liga Perdana Inggeris.
Man City hit with more than 100 charges of breaching rules by the Premier League.
Possible sanctions if found proven include points deductions or even expulsion from the league.
Story:https://t.co/kyESrTsDzM— Martyn Ziegler (@martynziegler) February 6, 2023
Namun sebagai kelab yang sudah beberapa kali mengelak hukuman, peminat City pastinya tenang tenang sahaja dengan berita ini.
Sebelum ini pun City pernah didapati bersalah dan dilarang bermain di UCL selama 2 musim serta dilarang mendaftarkan pemain baharu.
Ini selepas mereka dilaporkan memalsukan nilai tajaan dan nama penaja.
BREAKING: Man City charged by Premier Leaue with numerous breaches of financial rules following a four-year investigation.
This is unprecedented: pic.twitter.com/ZGzdX210qP— Martyn Ziegler (@martynziegler) February 6, 2023
Tetapi Man City memenangi kes di mahkamah CAS dan larangan itu semua ditarik balik. Mereka lega kerana keadilan berpihak kepada mereka, menurut kenyataan rasmi kelab ketika itu.
Sebelum itu juga, City pernah didenda kerana melakukan kesalahan FFP juga, tetapi ajaibnya denda itu dipulangkan kepada mereka kerana City ternyata tidak bersalah.
Man City sebelum ini pernah menyatakan bahawa mereka tidak pernah melanggar FFP. Sentiasa bersaing dengan adil dengan kelab kelab lain.
Cuma masalahnya ramai yang hati busuk dengan kejayaan mereka sebagai kuasa baharu bola sepak Inggeris.
Sudah tentunya City akan sentiasa berjuang melawan penindasan ke atas mereka. Kali ini mereka sudah bersedia sekali lagi.
Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh Manchester City berkenaan dengan perkara ini. Itu bukti kelab itu sangat tenang dan santai berdepan situasi ini.
Di atas padang, Man City masih berjuang dalam usaha mempertahankan Liga Perdana Inggeris.
Tetapi mereka semalam gagal untuk merapatkan lagi jurang mata dengan Arsenal yang kekal 5 mata di atas mereka dengan kurang perlawanan berbanding City.
Ini selepas City kalah hanya selepas sehari sebelumnya Arsenal pun kalah.
Manchester City tewas di tangan Tottenham di tempat lawan. Perlawanan yang menjadi saksi hidup kepada aksi legenda bernama Harry Kane.
Kane menjadi penjaring tunggal perlawanan. Dan dia mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Spurs.
Menjadi hanya pemain ketiga selepas Shearer dan Rooney menjaringkan 200 gol dalam EPL.
Pep Guardiola menyalahkan jarak perjalanan yang memenatkan dari Manchester ke London punca mereka kalah.
Kerana terlalu letih menempuhi perjalanan 4 jam 20 minit.
Sebagai rekod, Manchester City tak pernah menang di stadium baru Spurs itu.
Mereka berkunjung ke sana 5 kali dan 5 kali juga mereka kalah, tanpa menjaringkan sebarang gol dan dibolosi 7 kali dalam proses tersebut.
Manchester City juga masih lagi berjuang dalam UCL. Pastinya mereka mahu menamatkan musim ini dengan UCL selepas beberapa kali mencuba dalam beberapa musim ini.