Man United Tawarkan Kapten Legenda+Wonderkid Berserta £40j Untuk Beli Rice

Arsenal sebenarnya tidak berdepan dengan saingan daripada Manchester City sahaja dalam usaha mendpatkan Declan Rice.

Namun turut mendapat persaingan daripada kelab no.1 dunia iaitu Manchester United. Manchester United dikenali sebagai kelab yang sangat berpengaruh di dunia.

Dan mereka yakin akan dapat membeli sesiapa sahaja mereka mahu termasuk Declan Rice.

Ini kerana ramai pemain berimpian dari kecil lagi untuk bermain dengan pasukan Setan Merah.

Melihat Arsenal yang terus tesedu sedan cuba mendapatkan Declan Rice, maka Manchester United menunjukkan cara sebenar kelab besar memikat pemain yang mereka mahukan.

Man United dilaporkan sedia menawarkan West Ham United pakej yang mereka percayai setara dengan harga £100 juta dimahukan kelab itu untuk Declan Rice.

Di mana United menawarkan wang tunai £40 juta ditambah dengan Harry Maguire dan Anthony Elanga.

Maguire merupakan pemain yang Moyes minati. Maka United kini menawarkan peluang untuk bekas pengurus mereka sendiri itu untuk begandingan dengan Harry Maguire.

Sementara Anthony Elanga dianggap prospek cerah yang boleh dibangunkan lagi menjadi pemain elit.

Namun sebenarnya, United masih tidak melakukan sebarang bidaan rasmi. Mereka cuma memberikan West Ham United cadangan mereka tentang perpindahan itu. Dan meminta kelab itu berfikir semasak masaknya.

Dengan adanya bekas pengurus mereka David Moyes di dalam kelab itu. Pastinya United yakin bahawa pengurus itu akan cenderung memihak kepada mereka.

Arsenal sudah dua kali tawaran mereka ditolak. Dan laporan David Ornstein menyebut bahawa Man City sedia membuat bidaan pertama mereka.

Harry Maguire merupakan kapten kelab yang dianggap non playing captain. Dengan rasa berat hati Manchester United sedia melepaskan pemain itu jika ada kelab yang mahukan Maguire.

Ini kerana mereka mahukan Maguire terus berkembang menjadi pemain penting untuk England. Itu adalah pengorbanan Manchester United.

Jadi antara solusi yang difikirkan Man United adalah menjadikan Maguire sebagai sebahagian barang tukaran dengan Declan Rice. Sambil mereka akan menambah sikit wang untuk mendapatkan Rice.

Sementara itu seorang lagi nama yang mahu disertakan dalam perjanjian itu ialah Elanga. Dia mungkin akan menjadi senjata penting West Ham jika dia benar benar menyertai kelab itu.

Pemain yang pernah dianggap Marcus Rashford seterusnya itu pernah menjadi nadi penting Manchester United ketika era Ralf Rangnick di kelab itu.

Nampak gayanya Manchester United benar benar serius dalam pemburuan Declan Rice. Mereka malah menilai tawaran £40 juta tambah Maguire dan Elanga lebih dari cukup melepasi angka £100 juta yang digila gilakan West Ham.

Sebelum ini Man United meletakkan Maguire dengan tanda harga £55 juta, dan Elanga dirasakan bernilai sekitar £30 juta.

Adakah Arsenal dan Man City akan melopong melihat Declan Rice memegang jersi Manchester United dengan menyatakan ayat keramat: “Manchester United kelab terbesar di dunia, bermain di United adalah impian saya sejak kecil lagi.”

Baca Juga

Baca Juga