Man Utd Adakan Mesyuarat Tergempar Bincang Pemecatan Ole Dan Zidane Jadi Sasaran

Ahli Lembaga Pengarah Manchester United dan Keluarga Glazers adakan mesyuarat tergembar bagi membincangkan pemecatan dan pampasan yang akan dinikmati oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Selain itu pengurus yang sedang menganggur kini, Zinedine Zidane juga menjadi menjadi sasaran untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Ole Gunnar Solskjaer yang sentiasa percaya pada dirinya itu.

Mesyuarat tergempar ini terus diadakan selepas Manchester United terus mengalami kekalahan yang memalukan lagi mengaibkan kali ini kepada Watford dengan jaringan 4-1.

Kualiti yang ada pada barisan pemain Watford boleh dikatakan tidak layak untuk berada dalam pasukan Manchester United namun dengan semangat juang mereka berjaya memalukan pasukan yang dibarisi pemain bertaraf dunia.

Menurut laporan eksklusif dari Times Sports mesyuarat yang diadakan secara maya ini bagi membincangkan masa depan Ole Gunnar Solskjaer.

“Manchester United telah memanggil Ahli Lembaga Pengarah untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus.”

“The Sunday Times difahamkan mesyuarat secara maya itu telah dijadualkan pada jam 7 malam dan pampasan Solskjaer adalah agendanya.”

Dalam pada itu juga Times Sports juga melaporkan bahawa Keluarga Galzer telah menggesa supaya Zinedine Zidane dipikat secepat mungkin bagi menjadi calon pengganti.

“Keluarga Glazer juga telah mengarahkan pegawai kelab untuk mempercepatkan lagi percubaan untuk memujuk Zinedine Zidane untuk mengambil alih jawatan pengurusan pertengahan musim ini dengan meningkatkan tawaran kewangan United kepada jurulatih yang memenangi Liga Juara-Juara tiga kali.”

Bagi kebanyakan peminat, berita itu akan datang sebagai kemas kini yang menarik kerana kekecewaan yang menyelubungi kelab dalam beberapa minggu kebelakangan semakin memuncak.

Zinedine Zidane berjaya memimpin Los Blancos untuk memenangi tiga gelaran Champions League dan dua gelaran La Liga sepanjang dua kali kariernya sebagai pengurus Real Madrid.

Zidane merupakan pengurus yang dianggap terhangat di pasaran pada ketika ini dengan beliau sendiri baru sahaja menolak tawaran dari Al-Sadd untuk menggantikan Xavi sebagai pengurus kelab.

Mundo Deportivo melaporkan yang Zinedine Zidane sudah ditawarkan jawatan sebagai pengurus di Al-Sadd namun legenda Perancis itu memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Pemenang Piala Dunia 1998 itu pada ketika ini merupakan pengurus berstatus free ejen dengan beliau menegaskan ilmu bahasa Inggeris sangat penting untuk kariernya.

Hal ini memberi harapan kepada Manchester United untuk mencuba nasib dalam meneruskan usaha mereka melamar bekas pengurus Real Madrid itu.

Lambaian Terakhir Ole Gunnar Solskjaer?

Pengurus Manchester United yang menjadi kesayangan pasukan lawan, Ole Gunnar Solskjaer telah melambai tangan meminta maaf dan berterima kasih kepada penyokong selepas diaibkan Watford 4-1.

Lantaran itu terdapat satu persoalan, adakah ini lambaian terakhir Ole Gunnar Solskjaer?

Selepas tamat perlawanan, pemain Manchester United memberi penghargaan kepada peminat yang hadir di stadium keramat Watford, Vicarage Road Stadium.

Kemudian Ole Gunnar Solskjaer dirakam hadir dari belakang mengangkat tangan kemudian menepuk tangan dengan wajah yang sugul sarat dengan emosi.

Reaksi Ole Gunnar Solskjaer itu seperti satu lambaian terakhir, lambaian selamat tinggal yang membawa maksud terima kasih dan minta maaf.

Sepanjang perlawanan ini juga dapat dilihat bahasa badan Ole Gunnar Solskjaer yang nampak tidak selesa dan gelisah tidak seperti selalu tambahan pula selepas ketinggalan dua gol.

Jika ini merupakan lambaian terakhir Ole Gunnar Solskjaer, ini merupakan satu berita duka buat penyokong pasukan lawan dan berita gembira untuk Setan Merah.

Baca Juga

Baca Juga