Man Utd Akan Lebih Huru-Hara Andai Mereka Tandatangani Christian Eriksen

Manchester United telah diberi amaran yang mereka akan mengakhiri kempen musim ini dengan lebih teruk berbanding musim lalu andai mereka menandatangani Christian Eriksen.

Man Utd pada musim lalu telah mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam dengan mereka juga mengutip kutipan mata paling rendah dalam sejarah kelab.

Skuad kendalian Erik Ten Hag itu pada awalnya bersaing merebut kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga, namun malangnya mereka gagal untuk mendapatkan slot ke Champions League.

Kekalahan 4-0 bertemu Brighton pada musim lalu mengesahkan yang United tidak mungkin akan mampu mengakhiri saingan liga di kedudukan keempat teratas dalam carta saingan liga.

Kekalahan itu juga secara tak langsung menunjukkan tentang bagaimana teruknya kualiti skuad Man Utd pada musim lalu.

Para penyokong sangat berharap agar Man Utd akan mampu untuk memperbaiki persembahan mereka dan mencuba untuk memenangi sesuatu musim baru ini.

Erik Ten Hag dipertanggungjawabkan untuk mengubah kedudukan Man Utd pada ketika ini dengan beliau bakal melakukan rombakan besar-besaran dalam skuadnya pada musim panas ini.

Pimpinan kelab mengharapkan agar beliau akan mampu membawa United untuk setidak-tidaknya berada di kelompok empat teratas pada musim hadapan.

Oleh yang demikian, pengurus dari Belanda itu memutuskan untuk menandatangani beberapa pemain untuk memantapkan lagi skuad sedia ada.

Christian Eriksen turut berada dalam senarai pemain yang mungkin akan ditandatangani oleh Erik Ten Hag pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bintang Denmark itu kembali beraksi dalam saingan Premier League musim lalu selepas beliau menyertai Brentford pada jendela perpindahan Januari lalu.

Eriksen berjaya membuktikan yang beliau masih lagi seorang pemain midfield yang handal dengan beliau menunjukkan impak yang sungguh dasyat bersama Brentford.

Walau bagaimanapun, salah seorang pundit telah memberi amaran yang Eriksen sebenarnya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan andai beliau menyertai mana-mana pasukan.

“Jika kamu lihat pada pilihan Manchester United, saya tak nampak itu.”

Jelas Murphy kepada talkSPORT.

“Jika Ten Hag berfikir yang dia akan mainkan Eriksen dan Bruno Fernandes pada waktu yang sama di posisi midfield, dan mahu menggunakan seorang sahaja holding midfielder, mereka akan mengakhiri saingan liga lebih teruk dari musim lalu.”

“Melainkan mereka mahu bawa dia sebagai back up kepada Fernandes yang bermain di peranan nombor 10, atau mungkin dia akan bermain di posisi central midfielder?”

“Jika kamu bercakap tentang membawa masuk De Jong dan Eriksen, di mana kekuatan, mana ketabahan, mana terjahan keras dan kelebihan fizikaliti? Tak ada langsung.”

“Ia agak aneh bila memikirkan mengapa United mahukan Eriksen, saya langsung tak faham. Mereka dah ada pemain serangan yang cukup dan mereka ada pemain kreatif.”

“Saya pelik, dengan mendapatkan seseorang dari Brentford dan pernah beraksi bersama Tottenham Hotspur sebelum ini, dengan dia tak pernah menang apa-apa, adakah United fikir Eriksen akan mampu buat mereka lebih kompetetif?”

“Jika kamu Eriksen dan kamu dapat kesempatan seperti ini di usia kamu sekarang, dapat bermain bersama Manchester United, lihat, kamu tentu akan lakukannya.”

“Tapi apa lagi yang sepatutnya boleh menarik perhatian Eriksen pada musim panas ini? Ia bergantung kepada di mana dia akan dapat minit permainan.”

Ten Hag pada ketika ini sangat terdesak mahu mendapatkan pemain midfield sebagai pengganti kepada Paul Pogba, Nemanja Matic dan Jesse Lingard dalam skuadnya pada musim panas nanti.

Kebanyakkan peminat percaya mereka perlu memperbaiki skuad di posisi tersebut, namun Murphy merasakan yang United kini hanya memerlukan pemain defensive midfielder sahaja.

Scott McTominay dan Fred kerap bermain sebagai double pivot dan gandingan mereka jelas sekali tidak membuahkan hasil.

Tidak dinafikan dakwaan Murphy ada benarnya dengan United sememangnya perlu menandatangani pemain defensive midfielder untuk memperbaiki skuadnya pada musim hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kes Merasuah Dan Serangan Harry Maguire Akan Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi Greece