Man Utd Berjaya Pertahankan Tiga Mata Selepas Kad Merah Casemiro Yang Mencekik Hughes

Bola telah terkena tangan Will Hughes dan para pemain Manchester United telah membuat aduan dan sudah pastinya Bruno Fernandes terpaling lantang dan pengadil meneruskan permainan seperti biasa.

Lalu voucher Video Assistant Referee (VAR) diaktifkan untuk mencari keadilan dan ternya bola terkena tangan Will Huges lalu sepakan penalti dihadiahkan buat Manchester United.

Bruno Fernandes tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyempurnakan penalti yang menjadi kepakarannya itu dengan satu tendangan bersahaja ke dengan sepakan penuh bergaya menewaskan Vicente Guaita.

Kekecohan yang hampir membawa kepada pergocohan telah tercetus selepas Jeffrey Schlupp menolak Antony dan para pemain kedua-dua pasukan hadir untuk memeriahkan suasana.

Marcus Rashford meledak selepas menolak masuk umpanan Luke Shaw untuk gol kedua yang kemudiannya bertukar menjadi perlawanan yang sangat sukar.

Kedua-dua pemain Crstal Palace dan Manchester United telah hadir untuk beroyal rumble dan VAR menilai kejadian itu untuk memastikan siapa yang mengganas.

Casemiro kantoi dengan wajah tenang lagi tidak bersalah tanpa perasaan jelas telah mencekik Will Hughes dan tidak memberi pilihan lain kepada pengadil selain kad merah.

Tiga perlawanan automatik penggantungan dalam tangan Casemiro dan ada kemungkinan untuk hukuman itu ditambah dan pastinya akan terus memeningkan Erik Ten Hag selepas kehilangan Cristian Eriksen.

Kelebihan yang nyata dengan kelebihan seorang pemain cuba dimanfaatkan sepenuhnya oleh Crystal Palace dengan sepakan penjuru telah diselamatkan aksi berkelas dunia dari David De Gea.

Sepakan penjuru kedua berturut-turut telah disusuli satu voli Cheick Oumar Doucoure yang meliar namun berjaya disambar Jeffrey Schlupp dengan satu gol yang jahat.

Crystal Palace terus menekan Manchester United yang mahu menggunakan kelebihan yang mereka ada dengan gerakan dan percubaan yang mampu meluruhkan jantung peminat Manchester United.

Tujuh minit masa kecederaan diberikan pengadil yang menyenakkan perut Mancheste United dan kemasukan Harry Maguire beri kesimbangan dan tiga mata berharga serta rekod kemenangan di Old Trafford berjaya dipertahankan.

Kesebelasan Utama Manchester United: De Gea, Wan-Bissaka, Varane, Martinez, Shaw, Fernandes, Casemiro, Fred, Antony, Weghorst, Rashford.

Pemain Simpanan: Heaton, Lindelof, Maguire, Malacia, Sabitzer, Dalot, Sancho, Garnacho, Mainoo.

Crystal Palace: Guaita, Clyne, Richards, Guehi, Mitchell, Doucoure, Schlupp, Ayew, Hughes, Olise, Edouard.

Kesebelasan Utama Pemain Simpanan: Johnstone, Whitworth, Milivojevic, Tomkins, Lokonga, Eze, Mateta, Ahamada, Riedewald

Baca Juga

Baca Juga