Man Utd Bersedia Jadikan Pogba Penerima Gaji Tertinggi Dalam Saingan Premier League

Manchester United bersedia untuk menjadikan Paul Pogba sebagai penerima gaji tertinggi dalam saingan premier league.

Setan merah sanggup membuat keputusan seperti itu dalam usaha mereka untuk memastikan Pogba akan terus kekal bersama kelab.

Pogba telah menunjukkan corak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan di kejohanan, Euro 2020 ini bersama skuad kebangsaan Perancis.

Seperti ketika beliau berjaya membantu Les Bleus menjuarai Piala Dunia pada tiga tahun lalu, kini masa depan Pogba sekali lagi menimbulkan pelbagai persoalan.

Selain soal masa depan, para peminat turut mempertikaikan tentang mengapa aksi beliau bersama skuad kebangsaan jauh lebih bagus berbanding ketika beliau di peringkat kelab.

Kontrak bintang berusia 28 tahun itu bersama Manchester United hanya berbaki setahun sahaja lagi, dan beliau sehingga kini, masih belum menandatangani perjanjian baru.

Beliau sering dikaitkan untuk bakal kembali sertai Juventus, selepas terdapat ura-ura yang mengatakan United dan The Old Lady mahu membuat pertukaran pemain yang melibatkan beliau dengan Cristiano Ronaldo.

Walau bagaimanapun, laporan terbaru dari UK mengesahkan yang Manchester United sedaya upaya akan memastikan Paul Pogba kekal di Old Trafford.

Menurut laporan tersebut, United bersedia menawarkan Pogba gaji bernilai £400,000 seminggu, untuk tempoh waktu selama lima tahun.

Semua itu dilakukan untuk memastikan Pogba berminat untuk menandatangani kontrak baru, dengan bergelar sebagai penerima gaji tertinggi dalam saingan premier league.

Laporan sama turut mendakwa yang bekas graduan akademi United itu ketika ini menerima pendapatan bernilai £290,000 seminggu, jadi kenaikkan yang ditawarkan kepadanya tersangatlah tinggi.

Spotrac menyatakan yang bintang Manchester City, Kevin De Bruyne ketika ini memegang gelaran sebagai penerima gaji tertinggi dalam saingan premier league.

Ketika menandatangani lanjutan kontrak pada musim lalu, beliau telah ditawarkan gaji bernilai £385,000 seminggu.

Rakan sepasukan Pogba bersama Manchester United, David De Gea pula berada di kedudukan kedua sebagai penerima gaji tertinggi dengan memperoleh £375,000 seminggu.

Raheem Sterling berada di kedudukan ketiga selepas beliau menerima pendapatan bernilai £300,000 seminggu dari Manchester City.

Secara logiknya, Gareth Bale sebenarnya pemain yang menerima gaji tertinggi dalam saingan Premier League musim lalu, dengan beliau memperoleh £600,000 seminggu.

Namun begitu, Tottenham Hotspur hanya membayar beliau separuh sahaja dari jumlah tersebut, dan selebihnya dibayar oleh kelabnya, Real Madrid.

Setan merah sebelum ini bersungguh untuk menjual Paul Pogba, berbanding untuk menawarkan kontrak baru kepadanya.

Mereka turut menyasarkan Jack Grealish sebagai calon pengganti untuk menggantikan Paul Pogba selepas mereka berhasil menjual bintang Perancis itu.

Bintang Aston Villa itu kini merupakan pemain sasaran utama Manchester City, dan mengikut laporan sebelum ini, beliau awalnya telah dikaitkan dengan setan merah sebelum menandatangani lanjutan kontrak di Villa Park.

Solskjaer dan Ed Woodward masih berusaha keras untuk mendapatkan Jadon Sancho dari Borussia Dortmund, selepas mereka gagal melakukan hal tersebut pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Pihak kelab juga turut dikaitkan bakal menandatangani pemain centre-back untuk digandingkan dengan Maguire, dan nama Raphael Varane antara yang hangat dikaitkan bakal ke Old Trafford.

Bintang Atletico Madrid, Kieran Trippier juga merupakan seorang lagi pemain yang dikaitkan bakal sertai United, dek kerana Solskjaer mahu mencari pesaing kepada Aaron Wan Bissaka.

Masalah sebenar Man Utd berkait rundingan dengan Paul Pogba adalah ejennya, Mino Raiola. Ia kerana tokoh jahat di Old Trafford itu sememangnya sukar untuk diajak berunding.

Namun, dengan tawaran yang begini lumayan, tidak mustahil untuk membuat Raiola dan Pogba bersetuju untuk kekal di Old Trafford.

BACA:  Mino Raiola Dedah Kelab Yang Ada Dalam Hati Paul Pogba