Man Utd Masih Dominasi Top 6 Perpindahan Termahal Di Dalam Sejarah EPL

Ia mungkin bukan istilah ‘juara’ yang mereka mahukan. Manchester United masih memiliki tiga perpindahan termahal di dalam sejarah perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

The Red Devil selama ini sememangnya dikenali sebagai kelab yang sering melakukan perpindahan kurang tepat daripada segi keperluan taktikal melibatkan beberapa pemain berprofil tinggi.

Rata-rata pemain ini gagal memenuhi keperluan dan harapan yang diharapkan daripada mereka.

Walaupun kini kelab itu dikendalikan oleh Erik Ten Hag, cara Manchester United berurusniaga di pasaran pemain tetap membuatkan penyokong mereka gusar.

Tiga perpindahan terbesar – Paul Pogba dari Juventus pada 2016; Romelu Lukaku dari Everton pada 2017; dan Harry Maguire dari Leicester City pada 2019 masih lagi menjadi antara enam perpindahan termahal di dalam sejarah EPL.

Nama baru yang ebrada di dalam senarai tersebut adalah Darwin Nubez yang dibawa masuk oleh Liverpool pada tanda harga £85.4 juta (tidak termasuk bayaran tambahan lain) yang dibawa dari Benfica.

Dua kedudukan teratas perpindahan termahal di EPL masih lagi dipegang Manchester City, apabila kelab itu membawa masuk Jack Grealish dari Aston Villa pada musim panas lalu, dan rekod perpindahan kelab oleh Chelsea yang membawa masuk Lukaku dari Inter Milan.

Berdasarkan pelaburan besar menjangkau £260 juta untuk ketiga-tiga pemain itu, penyokong Manhchester United wajar kecewa kerana tiada apa yang boleh dibanggakan hasil pelaburan tersebut.

Pada hari ini Pogba adalah ejen bebas dan bakal kembali ke Juventus. Lukaku pula sudah lama dilepaskan, dan Maguire sentiasa menimbulkan percanggahan pendapat sama ada beliau benar-benar seorang pemain pertahanan berkelas dunia.

BACA:  Gol Menggempa Bumi Membelah Langit Harry Maguire Tebus Dosa John Stones