Manchester United dilaporkan bersetuju menyambung kontrak bersama Adidas selama 10 tahun dengan bayaran minimum £900 juta.
Perjanjian baharu itu bermakna syarikat sukan dari Jerman itu akan menjadi penaja rasmi jersi United sehingga Jun 2035.
Sebelum ini adidas menaja United juga selama 10 tahun dengan nilai tajaan £750 juta.
Persetujuan di antara kedua-dua kelab dimeterai tatkala keluarga Glazer masih lagi berusaha menjual kelab tersebut.
🤝 To be continued.@adidas || #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 31, 2023
“Hubungan di antara Manchester United dan Adidas adalah salah satu hubungan yang paling ikonik di media sukan,” ujar CEO kelab, Richard Arnold.
“Sejak 1980 an, kerjasama diantara kedua-duanya telah diperbaharui pada dekad sebelumnya, dan pernah menampilkan antara rekaan dan teknologi yang paling inovatif dalam industri pakaian sukan.”
Kerjasama terakhir di antara kedua-duanya bermula pada musim 2015/16, dan adidas turut pernah menjadi penaja jersi United dari 1980 sehingga 1992.
Manchester United announce new £900m deal with Adidas #mufc https://t.co/EXATurjwrY
— Man United News (@ManUtdMEN) July 31, 2023
United menekankan kerjasama dengan adidas kali ini akan memberikan fokus kepada skuad wanita yang mulai diperkenalkan pada 2018.
Pegawai Eksekutif Adidas Bjorn Gulden pula berkata: “Adidas dan Manchester United adalah dua entiti dan jenama paling penting di dalam bola sepak antarabangsa dan ia adalah sifat semulajadi untuk kami meneruskan kerjasama ini.”