Manchester United bakal berdepan satu lagi masalah melibatkan kerugian selepas, mereka kini terpaksa bersedia untuk membayar pampasan kepada staff yang bekerja di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Selepas pihak kelab memecat Ole Gunnar Solskjaer, staff yang bekerja di bawah kendaliannya masih berkhidmat, dan berkemungkinan pengurus baru tidak akan berminat untuk bekerjasama dengan mereka.
Pemecatan Ole Gunnar Solskjaer kemarin merupakan pengurus keempat yang dipecat ole Manchester United sejak berakhirnya era Sir Alex Ferguson pada tahun 2013 yang lalu.
Man Utd face shelling out millions to Ole Gunnar Solskjaer's coaching staffhttps://t.co/5Bsr9YTBot pic.twitter.com/SGyqOM2zdO
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 23, 2021
United terpaksa menanggung kerugian sekitar £40 juta untuk membayar pampasan kepada semua pengurus yang mereka pecat sebelum ini.
Mereka terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana pengurus dari Norway itu baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak bersama kelab pada musim panas lalu.
Masalah terbesar United pada ketika ini adalah, Solskjaer bukanlah satu-satunya individu yang menandatangani lanjutan kontrak pada musim panas lalu.
Boleh dikatakan hampir kesemua staff beliau turut ditawarkan kontrak baru pada musim panas lalu, dan seandainya pengurus baru memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan mereka, ia jelas bakal memberi masalah besar untuk United.
Mereka perlu membayar pampasan yang tinggi kepada semua staff Solskjaer yang sudah menandatangani perjanjian lanjutan kontrak pada musim panas lalu.
EXCLUSIVE: Solskjaer's backroom staff were given three-year contract extensions 'weeks ago' in move that could cost United millions: https://t.co/YRL75Vmk6N
— Mike Keegan (@MikeKeegan_DM) November 22, 2021
Menurut laporan dari Daily Mail, Mike Phelan telah menandatangani kontrak baru pada bulan lalu, dan pembantu jurulatih itu bukanlah satu-satunya individu yang mendapat tawaran kontrak baru beserta kenaikan gaji.
Pengurus sementara United pada ketika ini, Michael Carrick, jurulatih skuad utama, Kieran McKenna dan jurulatih penjaga gol, Richard Hartis juga baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Ia bermaksud United perlu menyediakan jutaan pound untuk membayar pampasan kepada kesemua barisan kejurulatihan ini seandainya khidmat mereka tidak diperlukan.
Laporan sama turut mendakwa yang rundingan tersebut telah dipersetujui pada musim panas lalu, ketika Solskjaer menandatangani kontrak baru selama tiga tahun.
United memutuskan untuk menawarkan kontrak baru kepada Ole Gunnar Solskjaer selepas melihat beliau cemerlang membawa kelab ke aksi perlawanan akhir Europa League dan turut menamatkan saingan liga di kedudukan kedua.
🗞 The cost of a managerial change would be just shy of £18m (including Solskjær's compensation fee), with other #mufc coaching departures expected to accommodate any new staff Pochettino would bring in. [Samuel Luckhurst, MEN]
— UtdDistrict (@UtdDistrict) November 23, 2021
Walau bagaimanapun, rundingan bersama barisan kejurulatihan kelab hanya berjaya dimuktamadkan pada bulan lalu, dengan kedua-dua pihak setuju dengan tawaran dalam rundingan tersebut.
Malangnya, selepas dari itu, United terus menerus menunjukkan penurunan dalam prestasi mereka, hingga menyebabkan pengurus kelab, Solskjaer dipecat.
Dibelasah di halaman sendiri oleh dua seteru utama, Liverpool dan Manchester City, juga kekalahan memalukan dibelasah teruk oleh Leicester City dan Watford menyebabkan United terpaksa melepaskan legenda kelab itu.
Michael Carrick kini sedang bertugas sebagai pengurus sementara, dengan beliau akan terus mengendalikan kelab sehingga ada calon pengganti.
Ole Gunnar Solskjaer said his goodbyes to his staff and players following today's humiliating defeat.
The Glazers have reportedly already ordered Man United chiefs to accelerate talks with Zinedine Zidane. https://t.co/Aa7fYFpBFH
— SPORTbible (@sportbible) November 20, 2021
Aksi pertama di bawah kendalian Carrick adalah ketika beraksi bertemu Villarreal pada minggu ini, dalam saingan Champions League.
Perlawanan tersebut merupakan aksi wajib menang untuk Manchester United, kerana mereka kini terikat dengan kutipan mata yang sama dalam saingan peringkat kumpulan.
Atalanta kini hanya dua mata sahaja di belakang, dengan baki dua perlawanan, segalanya boleh berlaku, dan kerana itulah perlawanan bertemu Villarreal dianggap misi wajib menang.
Selepas itu, tugas berat menanti Carrick dengan beliau perlu memimpin United untuk aksi bertemu pendahulu saingan Premier League, Chelsea pada hujung minggu nanti.
Pihak kelab kini berminat untuk mencari pengurus interim, bagi memimpin United sehingga akhir musim ini, atau setidak-tidaknya hingga mendapatkan pengurus baru.
Solskjaer's staff are part of the problem #mufc https://t.co/blZRJ6BpFB
— Man United News (@ManUtdMEN) November 22, 2021
Steve Bruce secara dengan rela hati sanggup kembali ke dunia pengurusan untuk menjadi pengurus interim United, walau beliau kini sedang menikmati masa bersama keluarganya.
Pengurus yang hangat dikaitkan dengan United pada ketika ini adalah bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.
Pengurus Paris Saint Germain itu sanggup meninggalkan gergasi Ligue 1 itu demi untuk menerima tawaran dari Manchester United.
Bercakap mengenai Zinedine Zidane pula, ia sebenarnya ada baik dan buruk untuk setan merah, yang mana pengurus Real Madrid itu sudah mendedahkan yang beliau tidak berminat untuk menjadi pengurus United.
Solskjaer's backroom staff at Man United were all given three-year contract extensions just weeks ago.
United face a substantial financial headache, with sources saying that lots of players are keen for wholesale changes on the coaching side.
[Daily Mail] pic.twitter.com/AvrQyT6PEW
— Footy Accumulators (@FootyAccums) November 23, 2021
Berita baiknya pula, Zidane sangat berminat untuk menerima tawaran sebagai pengurus Paris Saint Germain, dan ia secara tidak langsung membuka ruang untuk Pochettino ke Old Trafford.
Pengurus dari Argentina itu juga merupakan calon yang paling diminati oleh legenda terhebat sepanjang zaman kelab, Sir Alex Ferguson.
Dari kesemua calon yang ada, sepertinya hanya Mauricio Pochettino sahaja yang berpotensi besar untuk dilantik sebagai pengurus United selepas ini.
Sumber: SPORTbible