Man Utd Sedang Mengintai Kesempatan Untuk Mendapatkan N’Golo Kante

Manchester United pada ketika ini sedang berusaha mahu mendapatkan khidmat N’Golo Kante dari Chelsea pada musim panas ini.

Setan merah berusaha mahu mendapatkan bintang Perancis itu kerana pengurus baru mereka, Erik Ten Hag berharap mahu menandatangani dua lagi pemain midfield pada musim panas nanti.

Ten Hag bakal menghadapi jendela perpindahan musim panas yang sangat sibuk selepas ini dengan beliau dilaporkan mahu melakukan rombakan besar-besaran sebagai persiapan untuk permulaan musim baharu nanti.

Manchester United pada musim ini telah mengharungi kempen yang sangat mendukacitakan dengan mereka mengakhiri saingan Premier League dengan kutipan mata paling rendah dalam sejarah.

Antara posisi yang mahu diutamakan oleh pengurus dari Belanda itu adalah midfield dengan beliau berminat mahu mendapatkan dua pemain baru di posisi tersebut.

Memandangkan posisi tersebut sememangnya masalah utama United musim ini, ditambah pula dengan pemergian Paul Pogba dan Nemanja Matic, maka jelas sekali ia bakal menjadi perkara terpenting untuk Ten Hag ubah.

Manchester United sebelum ini menamakan Frenkie de Jong sebagai pemain pilihan utama mereka untuk ditandatangani, namun bintang Barca itu memilih untuk menolak tawaran dari setan merah.

Pihak kelab pada ketika ini sedang memburu N’Golo Kante dari Chelsea dek kerana mereka merasakan posisi defensive midfielder merupakan masalah terbesar mereka.

The Guardian mendakwa yang United sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Kante, namun Chelsea sepertinya tidak mahu melepaskan pemenang Piala Dunia itu walau beliau kerap dibelenggu masalah kecederaan sejak kebelakangan ini.

Thomas Tuchel baru-baru ini mendedahkan yang beliau kecewa dengan masalah N’Golo Kante pada musim ini, yang mana bintang Perancis itu terlepas 16 perlawanan sepanjang musim ini.

Beliau bahkan turut menganggap yang N’Golo Kante sebenarnya pemain yang sama tahap seperti Virgil Van Dijk dan Kylian Mbappe.

“Saya rasa dia adalah kunci kami, kunci, kunci, pemain utama, tapi kunci, kunci, pemain terpenting kami perlu berada di atas padang.”

Jelas Tuchel tentang bekas pemain midfield Leicester City itu.

“Dia hanya bermain sekitar 40 % perlawanan sahaja. Jadi ia mungkin satu keajaiban untuk kami berada di kedudukan ketiga musim ini.”

“Kerana dia adalah Mo Salah kami, dia adalah Van Dijk, dia adalah De Bruyne kami. Dia Neymar kami, dia adalah Kylian Mbappe kami, dia adalah orang yang akan bawa perubahan. Dan jika kamu hanya boleh miliki 40% sahaja dari dia itu sebenarnya sangat bermasalah.”

Walau bagaimanapun, The Guardians dan The Athletic ada mengeluarkan dakwaan yang mengatakan bahawa Chelsea sebenarnya sanggup melepaskan Kante dan tidak akan meletakkan tanda harga yang terlalu tinggi untuk bintang Perancis itu.

Kontrak pemain berusia 31 tahun itu akan tamat pada musim panas akan datang, dan dengan masalah kecederaan yang beliau hadapi, ia bakal menjadi faktor mengapa Chelsea akan sanggup melepaskan beliau.

Jelas sekali Chelsea akan sedaya upaya berusaha mengelak berdepan kerugian dan akan cuba mendapatkan keuntungan hasil penjualan beliau.

The Blues sendiri sebelum ini turut berjaya untuk mengubah skuad mereka menjadi semakin mantap selepas mereka memutuskan untuk melepaskan pemain-pemain yang sudah berusia.

Manchester United sementara itu sudah tentu akan berusaha mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk menandatangani N’Golo Kante kerana memikirkan faktor usia dan masalah kecederaan yang beliau hadapi.

Seandainya Ten Hag tak yakin dengan pemain kebangsaan Perancis itu, maka Man Utd perlu berusaha untuk mencari pemain lain dalam masa terdekat ini.

United sebelum ini pernah melakukan hal sama ketika menandatangani Matic dari Chelsea, dan mereka berjaya mendapatkan yang terbaik dari pemain midfield itu untuk tempoh beberapa musim.

Kalvin Phillips merupakan seorang lagi pemain midfield yang berpotensi untuk ditandatangani oleh Manchester United dek kerana beliau juga mempunyai bakat dan potensi yang menakjubkan.

Philips merupakan penyokong tegar kelabnya pada ketika ini, Leeds United dan jelas sekali beliau juga turut mempunyai perasaan dendam terhadap skuad setan merah itu.

Walau bagaimanapun, selain Man Utd, Manchester City sendiri dilaporkan turut sangat berminat mahu mendapatkan pemain midfield England itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Kami Tak Kawal Semua Ini" - Kante Dedah Kem Chelsea Terkejut Roman Abramovich Mahu Menjual Kelab