Man Utd Selangkah Ke Final, Forest Ditebang, Weghorst Buka Akaun Gol

Newcastle United berjaya menang tipis 1-0 ke atas Southampton dalam perlawanan penuh drama, Nottingham Forest melayan kunjungan Manchester United untuk separuh akhir pertama mereka di Carabao Cup.

Jika mengikut kiraan di atas kertas berdasarkan situasi dan prestasi semasa serta kualiti pasukan, sudah tentulah Newcastle United dan Manchester United akan bertemu di final Carabao Cup musim 2022/23.

Namun dalam permainan bola sepak segalanya mungkin, gergasi pun boleh ditumbangkan sang semut selagi permainan belum lagi berakhir apatah lagi separuh akhir ini dimainkan secara timbal balik.

Manchester United membuat tiga pertukaran dalam kesebalasan utama dengan Tyrell Malacia dan Victor Lindelof menggantikan Luke Shaw dan Raphael Varane manakala Casemiro kembali untuk mengambil tempatnya dari Scot McTominay.

Nottingham Forest juga membuat tiga pertukaran skuad yang seri 1-1 ketika menentang Bournemouth Scott McKenna, Danilo dan Sam Surridge bermain dan Orel Mangala jatuh ke bangku simpanan, Ryan Yates sakit. Dean Henderson yang dipinjamkan kekal cedera, dan dia tidak layak menentang kelab induknya seperti mana di dalam kontrak.

Marcus Rashford membuka langkah perjalanan ke perlawanan akhir dengan gol pertama pada minit ke-6 dengan gelecekan dan penyudah penuh berseni yang semuanya nampak mudah buatnya.

Marcus Rashford menjaringkan gol ke-10 dalam 10 perlawanan sejak kembali dari Piala Dunia 2022.

Nottingham Forest pastinya mahu juga ke final dan tidak akan menyerah dengan begitu mudah apabila menyamakan kedudukan melalui Sam Surridge namun gol itu dibatalkan Video Assistan Referee kerana ofsaid.

Hanya kerana laju beberapa nanosaat beberapa inci sahaja lutut Sam Surridge dikesan ofsaid oleh VAR.

Pemain pinjaman yang baru dirembat dari Burnley, Wout Weghorst akhirnya berjaya membuka akaun gol bersama Manchester United dengan gol kedua dipenghujung separuh masa pertama.

Bola muntah dari rembatan Antony pantas disambar Wout Weghorst dengan rembatan menggegar jaring.

Cristian Eriksen hampir saja menjaringkan gol ketiga dengan melencongkan bola ke sebelah penjuru kiri gawang Nottingham Forest tetapi dinafikan palang.

Pada minit ke-89 Bruno Fernandes melorongkan bola kepada Facundo Pellistri namun telah dihalang William dan gagal dikeluarkan dengan baik lalu.

Dalam situasi kelam-kabut itu Anthony Elanga melambungkan bola kepada Bruno Fernandes yang baru tiba dan terus melepaskan rembatan untuk gol ketiga.

Nottingham Forest cuba mencari sedikit bekal untuk separuh akhir kedua namun tidak kunjung tiba dan akan ke Old Trafford tanpa sebarang bekal.

Kesebelasan Utama Nottingham Forest vs Manchester United:

Nottingham Forest: Hennessey, Aurier, Worrall, McKenna, Lodi, Danilo, Freuler, Johnson, Gibbs-White, Scarpa, Surridge.

Pemain simpanan: Smith, Cook, Mangala, Williams, Colback, Lingard, O’Brien, Dennis, Boly.

Manchester United: De Gea, Wan-Bissaka, Lindelof, Martinez, Malacia, Fernandes, Casemiro, Eriksen, Antony, Weghorst, Rashford.

Pemain simpanan: Heaton, Fred, Varane, Pellistri, Williams, Elanga, McTominay, Garnacho, Mainoo.

Baca Juga

Baca Juga