Man Utd Tawarkan Bintang Utama Kelab Kepada Newcastle United

Manchester United telah menawarkan pemain pertahanan, Eric Bailly kepada Newcastle United dalam usaha mereka mahu menghidupkan semula karier bintang Ivory Coast itu.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Man Utd sanggup menjual pemain centre-back mereka itu kepada Newcastle, walau mereka sendiri masih gagal untuk membeli pertahanan baru.

Skuad setan merah itu sebelum ini dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan Jurien Timber sebagai penguat barisan pertahanan mereka.

Bersama Man Utd, Bailly sebenarnya sukar untuk mendapatkan minit permainan dan beliau lebih kerap memanaskan bangku simpanan sahaja.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya membuat 7 penampilan sahaja dari semua pertandingan sepanjang musim 21/22 ini.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu tiba di Old Trafford pada musim panas 2016 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £33.20 juta.

Beliau pada awalnya sangat diharapkan akan mampu memantapkan lagi barisan pertahanan Man United, namun sepertinya hal itu tidak menjadi kenyataan.

Beberapa siri kecederaan kerap menjejaskan karier Bailly di Old Trafford dengan beliau baru membuat 116 penampilan sahaja sepanjang 6 musim bersama Manchester United.

Tak cukup dengan masalah kecederaan, Bailly juga turut kerap mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar dan kerana itulah beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama United.

Beliau sebenarnya sangat berharap akan dapat beraksi dalam kesebelasan utama United, namun atas alasan-alasan seperti yang dinyatakan di atas, khidmat beliau sepertinya tidak begitu diperlukan.

Laporan terbaru dari media UK mendedahkan yang Man Utd telah menawarkan Eric Bailly kepada Newcastle United.

Man Utd mahu £20 juta untuk pemain pertahanan itu, dan mereka sanggup terima sekurang-kurangnya £8.5 juta andai Newcastle United berminat.

United sebenarnya merancang mahu menandatangani pemain pertahanan Ajax, Jurrien Timber sebelum pengurus skuad kebangsaan Belanda yang juga bekas pengurus Man Utd, Louis Van Gaal menasihati pemain itu supaya menolak ke Old Trafford.

Rundingan untuk menjual Bailly kepada Newcastle akan beri kelebihan kepada Manchester United, dengan mereka akan setidak-tidaknya mengurangkan beban pembayaran gaji dan akan membuka ruang untuk mereka mendapatkan pemain baru.

Seandainya Newcastle United bersetuju untuk membeli Eric Bailly, hal itu mungkin akan menyebabkan mereka berhenti mengejar Sven Botman dari Lille.

Dan andai hal itu berlaku, ia secara tak langsung mengurangkan saingan untuk Manchester United mendapatkan pemain pertahanan Belanda itu.

Selain itu, menjual Bailly juga akan membantu United untuk mendapatkan dana tambahan untuk mereka gunakan bagi menghadapi jendela perpindahan musim panas ini.

Erik Ten Hag jelas sekali sangat berminat mahu melakukan rombakan besar-besaran dalam skuadnya pada musim panas ini.

Manchester United turut dikaitkan dengan beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini, namun tidak ada seorang pemain pun yang mampu mereka tandatangani.

Darwin Nunez merupakan antara pemain buruan utama mereka, namun malangnya bintang Uruguay itu kini sudah sah menjadi milik seteru utama mereka, Liverpool.

Mereka juga sudah menghabiskan tempoh beberapa minggu untuk berunding bersama Barcelona untuk mendapatkan khidmat Frenkie de Jong.

Rundingan tersebut masih belum berjaya dimuktamadkan dengan Manchester United masih lagi berusaha mahu meminta Barca mengurangkan harga pemain midfield itu.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Ten Hag akan segera mengalihkan perhatian untuk mereka mencari pemain baru andai Barcelona berkeras tidak mahu menurunkan harga bintang Belanda itu.

Setakat hari ini, Man Utd masih belum menandatangani mana-mana pemain dan hal itu sedikit membimbangkan para penyokong mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Anggap Jersi Terbaru Newcastle Menampilkan Ciri Arab Saudi Yang Berlebih-lebihan