Manchester City, Liverpool Bersaing Untuk Mendapatkan Khidmat Virgil Van Dijk

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilaporkan telah berjaya meyakinkan barisan lembaga pengarah untuk memberikan beliau sejumlah wang perpindahan bagi mendapatkan seorang pemain pertahanan Januari nanti, dengan pemain Southampton, Virgil Van Dijk menjadi sasaran utama.

Guardiola telah mengenal pasti dua sasaran untuk mengisi satu slot pemain dalam barisan pertahanannya bagi mengekalkan rekod cemerlang mereka sehingga penghujung musim nanti. Selain van Dijk, satu lagi pemain yang disasarkan Guardiola adalah Inigo Martinez yang kini bermain dengan Real Sociedad di La Liga.

Bekas pengurus Barcelona ini amat berharap salah seorang daripada sasaran mereka ini menyertai Manchester City apabila tirai perpindahan musim sejuk dibuka Januari depan. City sebenarnya sudah menjadikan van Dijk sebagai sasaran utama mereka musim panas lalu tetapi pemain ini memilih untuk menyertai Liverpool.

Walaubagaimanapun, perpindahan van Dijk gagal ke Anfield gagal menjadi kenyataan kerana cara Liverpool mengendalikan perpindahan tidak digemari Southampton yang bertindak melaporkan salah laku Liverpool kepada pihak FA.

Seperti dilaporkan Goal, Liverpool akan mencuba sekali lagi untuk meyakinkan Southampton melepaskan van Dijk kepada mereka Januari ini selepas mengetahui minat serius Manchester City terhadap pemain ini.

Pemain Southampton, Virgil Van Dijk menjadi sasaran utama Pep Guardiola

Van Dijk Menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010. Membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013. Virgil Van Dijk mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton. Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada perpindahan musim panas lalu tetapi tidak kesampaian. Liverpool kini dilaporkan masih mengidamkan khidmat Virgil Van Dijk.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand juga percaya Virgil Van Dijk mampu menyelesaikan masalah pertahanan Liverpool dan mampu membentuk gandiangan yang sedap bersama Matip.

Selain van Dijk, Guardiola juga cuba mendapatkan pemain seperti Leonardo Bonucci dan Jonny Evans pada tirai perpindahan pemain lalu tetapi gagal dalam setiap percubaannya untuk memperkuatkan bahagian pertahanan.

Selepas melihat kecederaan yang sering menghantui Vincent Kompany dan John Stones juga tidak dapat beraksi buat jangka masa yang lama, Guardiola telah meyakinkan director bolasepak Manchester City, Txiki Begiristain dan CEO Manchester City, Ferran Soriano yang pasukannya memerlukan penambahbaikan pada bahagian pertahanan bagi mengharungi saingan domestik dan Eropah yang kini memasuki tahap kritikal.

Gurdiola juga berminat untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez yang hampir menyertai mereka musim panas lalu.

Terdapat laporan mengatakan Guardiola lebih inginkan van Dijk kerana beliau melihat pemain ini sangat sesuai dengan sistem yang dimainkannya di Manchester City sekarang dan juga berpengalaman luas beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan peringkat Eropah.

Tetapi van Dijk masih lagi ragu-ragu untuk menyertai The Citizens kerana risau dengan kedudukannya dalam pasukan utama apabila pemain utama seperti Vincent Kompany, John Stones dan Nicholas Otamendi kembali cergas.

Selain bahagian pertahanan, Gurdiola juga berminat untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez yang hampir menyertai mereka musim panas lalu, tetapi segalanya bergantung sama ada Arsenal mahu melepaskan pemain ini atau tidak.

Jika tidak, Manchester City boleh menunggu sehingga kontraknya tamat hujung musim nanti dan mendapatkan khidmat Sanchez secara percuma. Akan tetapi, Guardiola masih lagi risau dengan minat yang ditunjukkan kelab luar England terhadap Sanchez seperti PSG yang bakal berpeluang untuk mengadakan perbincangan dengan pemain ini Januari depan.

Baca Juga

Baca Juga