Manchester City Menang Perisai Komuniti Dalam Pertarungan Dramatik Menentang Manchester United

Manchester United dan Manchester City bertemu dalam aksi Perisai Komuniti Inggeris 2024, yang akan menandakan bakal bermulanya musim baharu Liga Inggeris tidak lama lagi.

Manchester City hadir selaku juara Liga Perdana Inggeris 2023/24, sementara Man United pula membawa status juara Piala FA.

Ianya ulangan aksi final Piala FA beberapa bulan lalu di mana ianya, of course la dimenangi oleh Manchester United. Di mana Man City pastinya mahu membalas dendam di atas kekalahan tersebut.

Bertempat di gelanggang keramat Wembley, Manchester United dan Manchester City tidak banyak menunjukkan aksi bahaya pada separuh masa pertama. Kerana kedua duanya gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat.

Tetapi Man City sempat mengancam gawang lawan dengan percubaan yang terkena tiang.

Namun separuh masa kedua jelas berbeza. Manchester United hampir mendapatkan gol menerusi Bruno Fernandes, tetapi gol dibatalkan kerana ofsaid.

Selepas percubaan itu, perlawanan menjadi rancak. Josko Gvardiol melakukan lencongan yang sedikit tersasar.

Pada minit ke-74, Marcus Rashford memiliki peluang keemasan ketika dia menerima hantaran Alejandro Garnacho. Rashford hanya berdepan Ederson dalam 1 lawan 1. Malangnya pemain bintang  Man United itu melakukan percubaan yang terkena tiang.

5 minit kemudian, McTominay terlepas peluang untuk menyambar bola di hadapan gawang selepas tandukan oleh Marcus Rashford.

Pada minit ke-82, pemain gantian, Alejandro Garnacho mencetak gol untuk Manchester United, selepas satu gelecekan ringkas dan memintas masuk ke dalam. Dia melepaskan rembatan leret yang menewaskan Ederson.

Namun gol tersebut disamakan oleh Bernardo Sliva menerusi tandukan ketika dia langsung tidak dikawal. Perlawanan berakhir seri 1-1 dan ditentukan dengan penentuan penalti.

Bruno Fernandes berjaya menyempurnakan tugasannya, namun Bernardo Silva yang juga pelaksana pertama gagal, bolanya diselamatkan oleh Andre Onana.

Ederson kemudian menyelamatkan penalti Jadon Sancho, dan kemudian pemain baharu City, Savio mencetak penalti untuk kedudukan  3-3.

Casemiro menjadikan kedudukan 4-3. Dan kini tekanan di bahu, Ederson sendiri yang mengambil penalti kelima. Pemain itu mengheret aksi ke sudden death. Siapa membuat kesilapan akan kalah.

Kemudian kesilapan daripada Jonny Evans dihukum oleh Akanji yang menyempurnakan penaltinya. Untuk City memang. Akanji beberapa bulan lalu pernah tergagal dalam penaltinya pada euro menentang England. Kali ini dia membuktikan kenapa dia harus diberikan kepercayaan dari titik penalti.

Dan ini adalah kali pertama Man City menang Perisai Komuniti setelah 3 kekalahan berturut turut sebelum ini.

BACA:  Carabao Cup 2020/21: Luton Town 0-3 Manchester United