Manchester City Menjuarai Carabao Cup Menewaskan Aston Villa

Manchester City memenangi perlawanan akhir Piala Carabao ketiga mereka, hasil jaringan separuh masa pertama dari Sergio Aguero dan Rodri ketika mereka mengalahkan Aston Villa 2-1.

Pasukan kendalian Pep Guardiola mungkin 22 mata di belakang pendahulu liga Liverpool tetapi City terus mendambakan dominasi domestik dengan memenangi setiap trofi mereka.

Pada perlawanan akhir ini, mereka bermula tanpa Ederson, Aymeric Laporte atau Kevin de Bruyne tetapi masih mendapat permulaan yang baik apabila Sergio Aguero meletakkan mereka 1-0 selepas hanya 20 minit perlawanan bermula.

Juara Liga Perdana itu agak bernasib baik kerana berjaya mendapatkan jaringan menerusi satu tendangan sudut yang sepatutnya bukan milik mereka. Bola itu jelas dikeluarkan oleh Ilkay Gundogan namun penolong pengadil mendakwa bola itu dikeluarkan oleh Jack Grealish dan memberikan City tendangan sudut.

City berjaya menghasilkan gol dari tendangan sudut itu menerusi tandukan kemas oleh Rodri menerjah gawang Villa. Mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 nampak City sudah berada dalam kedudukan sangat selesa.

Walau bagaimanapun City gagal mengawal rentak permainan dan pasukan kendalian Dean Smith berjaya mengemas barisan hadapan mereka dengan baik dan berjaya mengawal permainan sebelum tamat babak pertama perlawanan.

John Stones tergelincir dan membenarkan Anwar El Ghazi, yang telah melepaskan peluang besar pada awal permainan, membawa bola di sudut sebelah kiri lalu menghantar bola kepada Mbwana Samatta yang menanduk cantik bola masuk ke gawang City untuk menjadikannya 2-1.

Separuh masa kedua berlangsung dengan agak hambar dan kurang dramatik, sehingga beberapa minit terakhir, ketika City terus cuba menguasai perlawanan dan membuat beberapa Counter attack. Villa juga mula menyerang tanpa henti dan mendapat beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam minit-minit akhir perlawanan.

Melihat kepada aksi pasukannya yang kurang menjadi. Guardiola telah membawa masuk De Bruyne, Bernardo Silva dan Gabriel Jesus, tiga pemain bertaraf dunia untuk mengubah perlawanan.

Dengan hanya tiga minit sebelum waktu sebenar tamat, Claudio Bravo telah menyelamatkan percubaan berbahaya dari Bjorn Engels yang menanduk bola tepat ke arah gol dan di selamatkan oleh beliau.

The Villains memberi tekanan pada juara menjelang akhir permainan,sehingga penjaga gol mereka turut sama naik ke atas membantu menyerang ketika pasukan mereka mendapat tendangan sudut.

Persembahan Villa di akhir minit perlawanan tidak menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang sedang bergelut untuk tersingkir dari Liga. Mereka bermain dengan begitu baik dan serangan mereka sangat berbahaya.

Kemenangan City menandakan Pep Guardiola sudah mendapatkan lapan kejuaraan sejak mengambil alih City di Stadium Etihad dan bermakna mereka telah memenangi lapan daripada sembilan trofi domestik yang disertai, termasuk piala Perisai Komuniti.

Walaupun Liverpool bakal merampas kejuaraan Liga Perdana dari mereka musim ini. City masih berusaha untuk mengekalkan dua lagi Kejuaraan domestik yang mereka menangi musim lalu.

Citizens bakal menghadapi Sheffield untuk Pusingan ke- 5 Piala FA pada hari Rabu nanti. Mereka juga dalam langkah untuk memburu kejuaraan Liga Juara-Juara yang pertama musim ini selepas berjaya menundukkan Real Madrid 2-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara minggu lalu.

BACA:  Guardiola Tidak Rasa PSG Akan Benarkan Neymar Berpindah Ke Real Madrid