Manchester Derby Menjadi Perlawanan Yang Lebih Mahal Dari El Classico

Pep Guardiola bakal bertemu seteru lamanya di Sepanyol, Jose Mourinho Sabtu ini dalam perlawanan Manchester Derby yang pertama musim ini dan buat kedua-dua pengurus.

Di Sepanyol, segalanya hanya mengenai dua pasukan – Real Madrid dan Barcelona, manakala situasi yang berbeza di England di mana ada enam pasukan yang boleh dikatakan sebagai pencabar kejuaraan liga, tetapi mata peminat bola sepak pastinya tertumpu kepada derby yang paling panas di dunia ini selepas Klang Valley Derby yang menyaksikan 90,000 kerusi memenuhi stadium Shah Alam tempoh hari!

Pada musim lepas, perlawanan El Classico menjadi perlawanan yang membariskan jumlah harga pemain termahal di dunia dengan sebanyak £562juta telah dibelanjakan untuk kesebelasan utama pemain kedua-dua pasukan, sehinggakan perlawanan ini digelar El Cashico.

el-cashico
Walaubagaimanapun, pada tahun ini Manchester Derby telah mengambil alih perlawanan paling mahal di dunia apabila kedua-dua pasukan mencatatkan perbelanjaan sebanyak £685.7juta dan pastinya nilai ini dipengaruhi oleh nilai Paul Pogba yang secara keseluruhannya berjumlah £109juta. Itupun nasib baik Zlatan berpindah secara percuma.

composite-united-v-city-graphic

Ternyata kedua-dua pasukan hebat di England ini pastinya mahu mengharapkan tiga mata dalam perlawanan di Ettihad Sabtu ini.

Pep Guardiola selalunya tidak akan mengubah cara permainan pasukannya, berbeza sekali dengan Jose Mourinho yang sering kali mengubah hala taktikal pasukannya demi memastikan tiga mata dalam genggaman.

Apa yang pasti, jangkakan satu perlawnanan yang panas!

Baca Juga

Baca Juga