Manchester Derby Perlawanan Paling Mahal Dalam Sejarah Bola Sepak

Manchester Derby yang merupakan perseteruan dua pasukan dari bandar Manchester iaitu Manchester City dan Manchester United merupakan perlawanan paling mahal dalam sejarah dan peradaban bola sepak dunia.

Perlawanan dua pasukan dua buah bandar ini akan berlangsung di Old Trafford yang sudah pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia termasuklah Kodiang dan Kuala Krai dan bakal menjadi perlawanan paling banyak tontonan dalam sejarah Premier League.

Perlawanan ini boleh ditonton sebanyak 1 bilion buah rumah merentasi seluruh dunia dan tidak termasuk streaming haram. Siaran ini juga dapat ditonton oleh 189 daripada 193 negara yang berdaftar dengan United Nations (UN).

Namun terdapat 4 buah negara dalam dunia ini yang tidak dapat menonton perlawanan ini iaitu Korea Utara, Saint Kitts, Nevis dan Moldova. Kesian.

Kalau satu rumah 4-5 orang ko kira la sendiri berapa orang tengok.

Manchester Derby

Sebanyak 26 badan penyiar akan menayang perlawanan ini termasuklah Sky Sports dan BBC. Perlawanan ini mungkin bakal memecahkan rekod tontonan tertinggi secara langsung bagi perlawanan yang berlangsung di United Kingdom itu.

Rekod terdahulu dipegang oleh perlawanan Manchester Derby juga, di mana 4,081 juta atau 4.081 bilion penonton menyaksikan Manchester City menewaskan Manchester United 1-0 pada April 2012.

Manchester Derby ini juga menjadi perlawanan paling mahal dalam sejarah bola sepak. Gabungan 22 pemain kedua pasukan dari bandar Manchester ini bernilai sekitar £650 juta. Wow jual orang lagi untung dari jual ketum!

Perlawanan ini merupakan perlawanan penting yang boleh menjadi ‘Turning Point’ untuk Manchester City berpeluang cerah bergelar juara musim ini jika mereka berjaya menumpaskan Syaitan Merah. City kini selesa dengan 8 mata dihadapan United.

Manchester Derby Perlawanan Yang Lebih Mahal Dari El Classico

Di Sepanyol, segalanya hanya mengenai dua pasukan – Real Madrid dan Barcelona, manakala situasi yang berbeza di England di mana ada enam pasukan yang boleh dikatakan sebagai pencabar kejuaraan liga, tetapi mata peminat bola sepak pastinya tertumpu kepada derby yang paling panas di dunia ini selepas Klang Valley Derby yang menyaksikan 90,000 kerusi memenuhi stadium Shah Alam tempoh hari!

Pada musim lepas, perlawanan El Classico menjadi perlawanan yang membariskan jumlah harga pemain termahal di dunia dengan sebanyak £562juta telah dibelanjakan untuk kesebelasan utama pemain kedua-dua pasukan, sehinggakan perlawanan ini digelar El Cashico.

el-cashico
Nilai El Clasico

Walaubagaimanapun, pada tahun ini Manchester Derby telah mengambil alih perlawanan paling mahal di dunia apabila kedua-dua pasukan mencatatkan perbelanjaan sebanyak £685.7juta dan pastinya nilai ini dipengaruhi oleh nilai Paul Pogba yang secara keseluruhannya berjumlah £109juta. Itupun nasib baik Zlatan berpindah secara percuma.

composite-united-v-city-graphic
Nilai, Negeri Sembilan

Ternyata kedua-dua pasukan hebat di England ini pastinya mahu mengharapkan tiga mata dalam perlawanan ini.

Pep Guardiola selalunya tidak akan mengubah cara permainan pasukannya, berbeza sekali dengan Jose Mourinho yang sering kali mengubah hala taktikal pasukannya demi memastikan tiga mata dalam genggaman.

Apa yang pasti, jangkakan satu perlawnanan yang panas! Semoga tidak menjadi seperti perlawana musim lalu.

Baca Juga

Baca Juga