Manchester United Ada Kemajuan Walaupun Tewas Derby Manchester, Ujar Gary Neville

Bekas pemain Manchester United, Gary Neville berkata pasukan lamanya itu menunjukkan peningkatan walaupun tewas di tangan Manchester City hujung minggu lalu. Manchester United mengalami kekalahan 2-1 di tempat sendiri yang mana menambahkan lagi jurang mata di antara dua pasukan tersebut menjadi 11 mata.

Walaupun perlawanan tersebut berjalan tanpa sebarang kontroversi, insiden luar padang lebih menjadi tumpuan media selepas berlaku pergaduhan di depan bilik persalinan pasukan pelawat.

Jose Mourinho dilaporkan menjadi punca utama pertelingkahan tersebut selepas pergi ke bilik persalinan Manchester City untuk menyuruh mereka memperlahankan sambutan kemenangan dan menghormati tuan rumah.

Jurulatih Manchester City dan juga bekas pemain Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian mukanya kerana ditumbuk seorang pemain Manchester United. Susu dan air juga telah dilempar ke arah Mourinho dalam pergelutan tersebut yang melibatkan hampir 20 individu.

Arteta menutup muka.

Gary Neville yang menjadi penganalisa bolasepak untuk Sky bagi perlawanan tersebut berkata Red Devils menunjukkan kemajuan dari segi bolasepak di bawah kendalian Jose Mourinho jika dibandingkan dengan rejim Louis Van Gaal sebelum ini.

“Saya ada membaca laporan mengenai pendapat Louis Van Gaal mengenai pendapat beliau mengenai corak permainan Manchester United di bawah Mourinho lebih boring daripadanya, tetapi saya percaya bolasepak di bawah Mourinho sekarang sedang menuju ke arah yang lebih baik.”

“Juga dari segi keputusan di atas padang, Jose memenangi satu trofi Eropah dan pasukannya kini berada di kedudukan ke-2 liga, jadi dari segi itu beliau lebih berjaya. Saya percaya pemain yang dipilih beliau untuk derby Manchester adalah lebih positif tetapi mereka mungkin tidak percaya kepada keupayaan diri sendiri.”

Barisan pemain yang bagus Mourinho.

“Jose telah menunjukkan persembahan yang bagus sepanjang 18 bulan menjadi pengurus Manchester United tetapi masalah terbesar beliau adalah prestasi cemerlang yang ditunjukkan Manchester City.”

Neville turut percaya membeli pemain baru tidak akan menyelesaikan masalah Manchester United kerana pemain yang sedia ada perlu terlebih dahulu menunjukkan keupayaan sebenar mereka.

“Normal untuk pihak media mengatakan United memerlukan lebih ramai pemain selepas mengalami kekalahan tetapi apa yang saya mahu lihat adalah pemain sedia ada menunjukkan permainan yang cemerlang.

Young pemain peninggalan Ferguson.

“United telah menghabiskan £75 juta untuk bahagian bek kiri tetapi lihatlah Ashley Young yang bermain di posisi tersebut sekarang. 3 daripada 4 pemain yang bermain dalam perlawanan tersebut adalah pembelian zaman Sir Alex Ferguson.”

Mengenai insiden panas yang berlaku selepas tamat perlawanan di bilik persalinan, Neville berkata beliau kecewa insiden ini tidak berlaku di atas padang ketika City sedang melengah-lengahkan perlawanan pada penghujung perlawanan.

“Apa yang saya kecewa denga pergaduhan tersebut adalah ia sepatutnya berlaku di atas padang ketika permainan masih berlangsung. Sesuatu harus dilakukan ketika pemain Manchester City sedang melakukan ‘oles’ di bucu padang pada lewat permainan.”

Baca Juga

Baca Juga