Manchester United Akan Jual De Gea Kalau Real Madrid Penuhi Syarat

Sehari dua ini gempar kem Manchester United apabila Real Madrid sekali lagi cuba mendapatkan penjaga gol bintang mereka, David De Gea dengan bidaan sebanyak £50 juta, namun Jose Mourinho dikatakan sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini.

Mourinho meletekkan syarat bahawa Real Madrid wajib menjual pemain tengah Jerman, Toni Kroos, sebagai pertukaran dengan De Gea.

Toni Kroos jadi syarat hantaran pinangan Real Madrid terhadap De Gea | Gambar : Dreamteam

Toni Kroos merupakan nadi utama enjin Real Madrid bersama-sama Luka Modrid dan sebagai kelab yang begitu hebat, pastinya Real Madrid tidak mahu melepaskan pemain terbaik mereka kepada pasukan yang biasa-biasa di England tersebut.

Sebelum ini Mourinho berusaha keras untuk mendapatkan Alvaro Morata namun pinangannya ditolak mentah-mentah oleh Zinedine Zidane.

Jose menggunakan skill Azizan Osman untuk meng-psiko Real Madrid | Gambar : Dream Team

De Gea pula pernah hampir-hampir menyertai Real Madrid beberapa tahun lalu dan jika tidak kerana mesin faks rosak, ceteris paribus, De Gea pasti sudah menjulang Liga Juara-juara UEFA di samping Ronaldo, Benzema dan Isco pada dua musim berturut-turut.

Dalam siri jelajah di Amerika Syarikat, kedua-dua pasukan dikatakan bertegang urat bergaduh berebut hotel dan tempat latihan di Los Angeles, sehingga memaksa penganjur International Champions Cup, Relevant Sports untuk masuk campur.

Perseteruan ini pasti akan menambah rencah menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam perlawanan Piala Super UEFA pada 8 Ogos nanti.

Sumber berita : Dream Team

Baca Juga

Baca Juga