Manchester United Alih 2600 Tempat Duduk di Stadium, Demi OKU

Manchester United hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan 2600 tempat duduk di stadium bagi pemegang tiket semusim untuk memberi laluan kepada peminat mereka yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU).

Walaubagaimanapun, pemindahan ini bukanlah berlaku segera, tetapi akan dilakukan secara berperingkat selama tiga tahun, bermula daripada musim depan. Untuk setiap musim, lebih kurang 800 tempat tiket semusim akan dipindahkan.

Bahagian yang akan terlibat ialah di bahagian kanan gambar ini

Perubahan ini bakal menyaksikan jumlah tempat untuk peminat berkerusi roda meningkat daripada 120 kepada 277. Untuk rekod, United mempunyai seramai 55,000 pemegang tiket semusim – lebih daripada jumlah maksimum untuk kebanyakan stadium di Malaysia.

Perubahan ini pasti sedikit sebanyak bakal menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemegang tiket semusim, namun untuk mengambil hati peminat mereka, maka pihak pengurusan United telah menawarkan untuk memberi subsidi kepada peminat jika tempat duduk mereka yang terlibat dipindahkan ke tempat yang lebih mahal.

Bukan itu sahaja, penyokong yang terlibat juga bakal diberikan tiket percuma untuk perlawanan piala seperti Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa. Kemungkinan besar tiket Liga Juara-Juara tidak akan diberikan percuma kerana mereka belum pasti akan layak. Tapi nampak gaya macam tak layak je kan?

Begitulah prihatinnya kelab besar terhadap penyokong OKU mereka, dan situasi ini sangat sukar untuk kita lihat di Malaysia. Iyelah, stadium pun sewa kan.

Tepuk Tangan
Kagum! Kagum!

Baca Juga

Baca Juga